Tuesday, December 22, 2015

Kutip hasil dusun

Sambung balik entry masa balik Kemaman tempoh hari. Balik sekejab je, so tak banyak mana pun aktiviti dekat kampung.

Selesai misteri bunyi berlari dekat syiling rumah dan kesan najis bersepah di lantai...inilah penyebabnya. Tupai ni tak tau datang dari mana dan rasanya sesat masuk syiling rumah. Bila malam tu memang bising la asyik dengar dia berlari je. Geram pun ye, seram pun ye kadang2 tu...dah macam ada orang lain pulak dalam rumah tu kan. Sabtu tu my brother terus pasang perangkap ni, tak ingat dia letak umpan apa tah? Tup2 memang mengena pulak umpan tu, Ahad tu dah terkena penjenayah yang di cari. End up tak tau mana my bother hantar penjenayah ni. 

Hopefully lepas ni takde lagi penghuni tumpangan selain dari kami ahli keluarga je :)

Antara punca saya adik beradik balik ke Kemaman, ambik segala hasil dari dusun la apa lagi. Helper yang jaga dusun kami dah bising hari2 called suruh balik ambik buah langsat, nanti terlebih masak gugur busuk macam tu je. Kena kerah balik oleh helper tu yang tak menahan hahahaha. Mujur la memang dah kenal lama. 

Langsat dah selamat bawak ke office, bagi kawan2 makan. Kalau simpan dekat rumah memang busuk tak termakan namanya, banyak sangat. Petai tu dah selamat saya buat jeruk, memang fav my laki jeruk petai ni. Saya makan jugak la tapi tak sangat, lebih suka yang fresh je.

Balik kampung sekejab je kan, Sabtu balik Kemaman, Ahad dah nak balik KeeL semula. Itu pun dah nak malam baru gerak balik. Dah biasa routine macam ni, kadang2 tu rasa KeeL-Kemaman macam KeeL-Seremban je. Dua2 pun kampung jugak, nak buat macam mana kan :p

3 comments:

ujie othman said...

bestnya ada dusun! suruh helper tu jual je lah..banyak nampaknya.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Dah tiada siapa tinggal dikampung ye Ann..
patut pun diambil buah2 tu kan sayang nanti jatuh terbuang..
Baik sungguh helper Ann.. Kalau tak didesak susah juga nak balikan..

dear anies said...

memang bahagia kalau ada dusun ni ;-)