Thursday, January 28, 2016

Assam Laksa n Miki

Teringin sangat dah tekak ni nak makan assam laksa sedap dekat Sogo tu, menu wajib setiap kali pegi sana. Memang saya sangat suka assam laksa dekat sini, yang paling sedap kiranya di tekak ku...ajaklah nak makan tempat lain dalam Sogo tu, honestly memang saya tolak punya. Assam laksa ni dekat food court Sogo je, nama kedainya Penang Cuisine...ish rasa macam tak pegi makan lagi je besok walhal dah makan semalam :p 
  
Ikut pada rupa paras kejadiannya macam biasa je kot tapi tang rasa, perhhh masam masin bachin semua ada. Saya suka tambah dengan sos petis, lagi banyak lagi best...lepas tu tergigit pulak cili, hahhhh meleleh2 ayak mata campur ayak hingus sekali...tambah sedap lagi. Lama sebenarnya tak pegi Sogo ni, dulu selalu jugak tapi semenjak jalan nak ke tempat tunggu bus tu tutup terus tak pegi Sogo lagi dah. Rasanya kedai ni memang dah lama dekat Sogo tu, zaman kerja dekat Ampang berulang Seremban-KL dulu pun rasanya dah ada coz ada datang makan assam laksa ni jugak zaman2 tu.

Ah sudah, sekarang ni saya teringat pulak assam laksa dekat MidValley...ada yang ke sana besok ni :0 

Ini makcik semenjak dah beranak 2 kali ni memang sangat garang. Janganlah jantans dekat dalam rumah tu nak gigit2, nak rapat sikit pun dia dah marah. Marah yang bukan sikit2 tau, ini marah yang sampai nak buat lawan bergumpal punya sampai tercabut2 bulu. Kadang2 memang geram dibuatnya tapi kesian pun iye jugak, miki ni kecik je...penat dia asyik nak beranak je kan. Memang lepas ni nak hantar kasi saja tapi sian pulak coz anak kecik masih menyusu lagi. takut pulak nanti lepas kasi takde takde air susu pulak. Buat masa ni bagi susu tepung kambing untuk kucing2 dalam rumah ni tapi yang pasti miki ni sangat suka minum susu tu...dia je yang perabihkan minum semuanya.  

3 comments:

anis abdullah said...

kelas kucing minum susu kambing. samalah mak mertua aku bagi kat kucing pendatang tu.

Aiezza Sue said...

saya ada kawan chinese nama Miki suka makan asam laksa..ngeee, ishh tergugat tengok laksa tu..tapi..tapi masih dalam mood berpantang lagikk..grrr

Sue Bee said...

Hello Ann.. nak tanya, sos petis tu apa?..