Wednesday, January 13, 2016

Kehidupan sekarang...

Kalaulah kita ada kuasa untuk undurkan masa, saya nak sangat undurkan masa ke masa lalu...masa negara kita berada dikemuncak ekonomi yang kukuh. tiada masalah pengangguran, tiada masalah harga barang naik...kiranya memang ekonomi sangat 'cantik' waktu tu. 

Tapi apakan daya, itu cuma angan2 yang memang tak tercapai lagi dah. apa yang pasti masa sentiasa pergi meninggalkan kita. sukarnya hidup sekarang ni tambahan dengan ekonomi global tak stabil + masalah politik negara kita yang kiranya hari2 mesti ada lawak2 ala Maharaja Lawak yang reveal dalam media sosial kita. bila baca tu tak tau nak kata macam mana, nak marah ke atau nak gelak guling2 ke atau nak menangis ke. tak boleh/mampu kita nak menilai tahap seseorang tapi, sendiri mau ingatlah.

Tengah hari tadi waktu lunch makan dekat Sushi King. biasanya memang bawak bekal tapi today takde apa yang nak dibekalkan ke office. bukan saya tak ikut seruan pak menteri, bawak bekal makanan ke pejabat tapi mintak maaflah, takde makanan yang nak dibekalkan dah. sekarang nak beli telur sebutir pun mahalnya terasa, apa tah lagi bahan2 basah yang lain. lepas ni plan nak buat nasi goreng kosong je bawak bekal pegi office. tak banyak bahan nak kena guna, memadai dengan nasi je. tetap ada jugak bekalan nak bawak ke office kan, saya memang seorang yang tak suka keluar during lunch hour. baik duduk diam2 dalam office sambil siapkan kerja yang tak pernah habis tu.

Kalau tekak terasa nak makan makanan yang sedap2 sikit, biasanya saya tunggu hujung minggu. boleh makan dengan my laki, its our pleasure time together. so far banyak jugak safe bila bawak bekal ke tempat kerja ni + my laki memang sangat suka macam tu. dia pun boleh berjimat sama dan tak payah nak kalut2 keluar makan. harga makanan sekarang sangat mahal, tapi tak boleh sangat nak salahkan diorang coz harga bahan2 mentah pun meletop2 jugak. 

Harga minyak dunia semakin turun harganya tapi minyak negara kita...ok no comment (budget jawapan retis sangat). tambang lrt...ok, ini pun menyumbang kepada pengaliran mata wang yang sangat deras macam air bah. keluar saja rumah, perkara pertama kena fikir adalah tambang. tambang lrt, tambang taxi...segala pengangkutan yang menyediakan perkhidmatan semuanya naik bagikan gunung Himalaya. ini tak lama lagi tambang bus pun akan naik jugak, tak salah bulan Feb ni dengarnya. tunggulah besok2 ada pulak idea suruh pergi kerja naik basikal pulak, contoh negara lain kan banyak diorang buat macam tu....korang ngase. saya bukan apa, kalau cadangan ini keluar saya memang sangat sakit hatilah. nak tau kenapa, sebab saya TAK PANDAI NAK BAWAK BASIKAL. ini boleh mendatangkan marah. benda yang kita tak pandai nak suruh kita buat, memanglah hangin kan. 

Berbalik pada tambang tadi, sekarang ni saya terpaksa peruntukkan RM80 sebulan untuk tambang lrt saja. bus buat masa ini saya peruntukkan dalam RM10. dulu sebelum tambang lrt naik, RM50 dah cukup untuk sebulan dan kalau rasa macam kena travel banyak dan jauh saya still boleh ambik 1 month pass yg RM100 tu, boleh naik apa saja jenis lrt (putra/star/monorel) berkali2 dalam masa sehari pun tak mengapa. tapi sekarang pass RM100 tu dah takde lagi, daily pay je sekarang ni. 

Tol, kalau boleh saya akan cuba minimise kan penggunaan laluan tol. pagi saja saya gunakan tol sebab walau keluar 630am pun, jalan dah banyak kenderaan. tapi masa balik saya akan elakkan dengan keluar lebih awal dari office atau balik lewat terus. ini saya tiada masalah sangat coz lepas office memang pegi menyerah diri di gym so memang confirm balik lewat, lepas 10pm memang takde jammed lagi.

Inilah dia ragam kehidupan sekarang. tidak sesenang dulu lagi. sama2 kita berdoa semoga kita sentiasa diberikan kesenangan, kesejahteraan, kesihatan yang baik, ekonomi negara kita kembali kukuh, kukuhkan semula harga minyak dunia (air hitam yang berharga). 

Bukan senang untuk menjadi SENANG, dan bukan senang untuk kekal SENANG beringatlah...  

5 comments:

anis abdullah said...

Well said my friend.

babYpose said...

Betul tu, moga dipermudahkan inshaAllah

nuyui a.k.a miss YUI said...

skg ni ekonomi mmg mnkutkan..

At-Tarmizi said...

merisaukan betul =(

Azian Elias said...

segala2nya naik sekarang. mana yg boleh jimat tu, memang bagus lah.. kalau mmg x boleh tu cam ne ek..
harp darah tak naik lah kan. heeee