Wednesday, January 27, 2016

Malaysia Breakfast Day 2014

Another run yang pernah saya joined last 2 years - 2014. Amboiii lama betul simpan gambo ni, ini kali je baru naik up dalam entry tapi tak mengapakan. 

Bermula dengan pegi ambik bib dekat Jaya One, tempat yang menarik untuk hangout rupanya Jaya One tu. kalau tidak kerana nak collect bib, memang tidaklah saya akan sampai ke Jaya One ni. 
Event bermula pada pagi Ahad di Persiaran Perdana, Putrajaya. Disebabkan hanya ada 2 kategori sahaja iaitu 3km dan 7km, saya ambik 7km. Bila dah 7km saja, masa berlepas pun dah siang...730am kalau tidak silap (timing yang sangat saya tak suka untuk apa2 larian sekalipun). Sebelum acara bermula, peserta dah boleh ambik minuman milo yang disediakan...ini bertujuan untuk mengalakkan semua orang mengambil sarapan pagi setiap hari sebelum memulakan aktiviti harian dan dalam masa yang sama Milo bolehlah mempromosi product2 mereka. 

Hanya tahun 2014 sahaja saya berpeluang untuk joined event ni, tapi tahun lepas 2015 tak sempat nak daftar...sekejab je open dah fully booked. 

Okay acara sudah bermula, lari dalam kelompuk yang besar macam ni memang merimaskan dan kalau boleh saya akan cuba pecut untuk berada di dalam kelompok yang kecil sahaja tapi disebabkan 7km sahaja...semua orang berkemampuan untuk lari dalam kelompok yang besar ni sampai ke penghujung. Sudahnya lari2 anak sahaja sama dengan kawan2 yang lain. Santai betul berlari sambil bergosip ko jah. 

Disebabkan terlalu Santai katanya, hambik ko hakak habis 7km in 1:14:15....ini memang betul2 SANTAI :p

1 comment:

anis abdullah said...

akau dah lama tak lari, dengarnya fee makin naik mencanak2. hadiah pun dah tak best..