Monday, January 18, 2016

Steamboat dan FM

Alhamdulillah, setelah kita melalui musim panas terik yang betul2 terik sampai nak bukak tingkap rumah pun takut...ye begitu hebat dugaan femomina Al Nino kali ini. Tetapi sejak dari minggu lepas, kita telah dihadiahkan dengan hujan lebat turun mencurah ke bumi...syukur syukur syukur, sejuk muka bumi kita. Saya rasa teruja sangat masa hujan turun tu, seperti dah lama sangat tak menghidu udara selepas hujan...dan dan tu jugak nak keluar bangunan demi nak hidu udara hujan yang sangat wangi, wangian semula jadi alam. Serasa seperti dah terlalu lama hujan tak turun membasahi bumi kekdahnya.

Last Saturday afternoon, hujan lebat lagi...seronoknya, sejuk lagi bumi kita. Kalau dah sejuk2 tu dalam fikiran dah terbayang steamboat yang sedap. Sejuk2 ni perut memang mula mengidam macam2, masa itulah terfikir nak makan steamboat dekat Johnny's Restaurant. Sebenarnya nak ikutkan saya lagi suka kalau ada grill sekali tapi siangnya dah makan nasi berlauk daging, rasa berdosa pulak nak makan daging lagi di malamnya. 

Sup pilihan sudah semestinya tomyam, sedap pedas2 masam mengikuti citarasa. Teringin jugak nak ada dapur electronic tu satu dekat rumah, lagi best kalau dapat yang boleh grill sekali...boleh meng 'grill steamboat' dekat rumah saja. Dah lama sebenarnya tidak makan di Johnny's Restaurant ni, itu yang bila tiba2 teringin terus je terjah...tidak menjadi kesalahan kan.

Alhamdulillah dapat makan steamboat pun dah mencukupi, kenyang perut suka hati gitu. Selepas ini saya janji dengan diri sendiri nak mencuba buat steamboat versi sendiri di rumah pulak. Dah ramai yang buat sendiri di rumah kan tapi saya belum lagi, tunggu nak cari dapur sesuai dulu...tapi kalau dah mood mendadak naik, tak sempat tunggu dapur electronic kot...dapur gas ku tala jua :p  

Last Friday saya dapat ole2 dari sahabat yang baru balik bercuti di Vietnam. Terima kasih dengan pemberian ini, terima kasih kerana mengingati sahabat ini, terima kasih sangat2. Hadiah dari sahabat tidak perlu yang gah2, cukup sekadar yang termampu sahaja tanda dia sentiasa ingat pada kita walaupun cuma sebagai seorang sahabat. 

3 comments:

Aiezza Sue said...

memang pakat-pakat tunggu hujan la ni :)...syukur sangat walau turunnya setakat bilas-bilas

nOe suhaimi said...

ahad lepas kat tempat noe pun hujan lebat..alhamdulillah...sejuk sikit...noe tak pernah lagi pergi makan kat johnny's restaurant tu... mesti sedap tu...

ujie othman said...

lama tak mkn steamboat..dah cerita2 ni, teringin pulak! ahaaa..