Tuesday, January 19, 2016

Totty the bulus

Sudah lama tak menjenguk budak bulus sekor ni. Sekarang ni dah ramai kawan dia dekat rumah, bukan orang lain pun...anak bini dia jugak sebelum disunatkan.

Anak bulus ni anak buah saya yang punya. Kami ni memang keturunan suka kucing agaknya, rata2 dekat rumah kaum kerabat saya mesti ada bela kucing. Itu yang kalau musim raya, penuh rumah dekat kampung dengan kucing sekali nak beraya sama. 

Ahad lepas pegi menjenguk my anak buah tu coz sebelum ni dia warded dekat Hospital Selayang tapi saya tak sempat nak melawat. Sekarang dah keluar ward, boleh datang terus ke rumah je...senang nak lepak2 santai saja. Kebetulan suaminya kerja, maka kita bawak saja lauk pauk makan sama-sama. Tuan rumah tugasnya cuma masak nasi, lauk saya dah bawak.

Lama jugak melepak sampai ke petang jugak tapi tak sempat nak tunggu sampai lakinya balik. 

Ini budak memang sombong sikit, kalau ada orang datang memang buat muka kereknya. Tak mau orang pegang2 dukung2 pulak tu. Dulu kurus je tapi selepas disunatkan, badan tu macam di pam2 pulak. Yelah, takda benda nak buat selain dari makan tido makan tido saja. Oh nama budak bulus ni Totty, memang notty sokmo :p  

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

comelnya

Diana Rashid said...

dua2 comel..ada bela berapa ekor..saya bela seekor je.hehhe