Thursday, February 11, 2016

Balik kampung...

Petang semalam saya balik kampung, Kemaman. Bosan pulak rasanya bila cuti2 ni duduk dekat KeeL saja. Sebenarnya nak ambik kesempatan je balik kampung bilamana orang dah ramai yang balik ke bandar semula, kurang sikit beban fikiran nak meredah jammed yang tah hapa2 tu. 

Hi...nama kita Gwen

Sampai je dekat rumah terus disambut oleh budak gendut ni, golek2 manja gesel2 kaki nak mintak dukung kan. Kucing ni my nephew yang punya, peneman dia duduk sorang dekat Kemaman ni coz still tak dapat transfer lagi ke Hospital Sungai Buluh. Dulu adik lelakinya pun tinggal sekali coz ada practical dekat Kerteh tapi dah habis and balik semula ke KeeL.

Inilah pun tujuannya saya balik ke sini, untuk saja tengok2 budak ni ok ke tidaknya tapi budak ni semedang ok saja. Ye lah, duduk luar negara belajar lama2 pun sorang jugak...apatah lagi di negeri sendiri, takde apa sangat pun baginya. Tapi tanggungjawab sebagai mak saudara tu tetap saya pikul, sama2 menjaga ahli keluarga yang lain...pastikan mereka semuanya ok dan selamat.

Sampai di rumah lebih kurang 6pm, seronoknya bila jalan tak jammed langsung...perjalanan tak panjang dan lancar je. Seronok sebab masih lagi sempat nampak lautan depan rumah, jumpa jiran2 tetangga, sempat pegi makan sata dengan otak2 dulu sebelum balik ke rumah :p

4 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

eh eh geram lak tgk kucing tu..

Kakzakie Purvit said...

Serampang dua mata Ann
Sambil makan angin dpt ziarah anak buah.
Mereka dah biasa di perantauan tak ada masalah Ann

Nurzakiah Hanum said...

comelnya kucing

Nora Karim said...

comei kemain gwen... anak2 saya berebut nak tgk gmbr gwen ni... macam nak terkam je..hahahha