Tuesday, February 2, 2016

Bila dah panas sangat...

MashaAllah sekarang ni bukan main panas lagi suhu muka bumi Malaysia ni, siang malam pagi petang kalau duduk di rumah tu rasa nak pakai 2 peace je...dekat rumah je kan bukan dekat luar pun. Gitulah perumpamaannya betapa panas bahang sekarang ni, kalau mandi pun terasa air tu pun panas jugak. Yang paling kesian, kucing2 dekat dalam rumah tu semuanya melepek sama kepanasan. Bukan takat manusia berkipas, kucing2 tu semua saya halakan kipas jugak...siap memasing ada kipas berdiri sendiri. Setiap sangkar satu kipas, alangkah bertuahnya nasib ko kucing. Makanan kalau bagi tu ada je bersisa sampai petang tapi air minum pagi topup tak sampai petang dah habis...air kencing penuh je dalam littering pot, banyak sungguh kucing2 ni minum. Dahaga sangat tu, panas sungguh sekarang ni. Nak mandikan takut demam pulak nanti, so renjis2 dengan air sajo.

Itu baru kucing, manusia apa tah lagi. Mujur kami ni takde anak kecik, if not tak tau macam mana pulak gaya nak membelanya :p Ok buat masa ni kami tak mahu rosakkan rumah dengan pasang aircord, tau dah uolsss mesti nak suggest aircond ni kan...biar dululah, tak lama lagi berlalulah musim panas ni. Sama2 kita berdoa, muhasabah diri dengan dugaan yang mendatang.

Semalam hari cuti, kebetulan my laki pun cuti jugak...sambil memasak untuk lunch tu mencurah2 jugak peluh. Nak keluar rumah terasa seram ko, bukak pintu tingkap dah membahang haba panas menyerbu masuk rumah. Lupakan terus niat nak makan minum dekat luar, kalau nak pun kami tunggu malam je baru keluar.  

Terus janji dengan my nephew untuk keluar date sama2. Kami just melepak di Wangsa Walk saja sebab tekak hakak ni teringin sangat sedap2 rasa minum rootbear float A&W tu. Terbayang2 ko icecream dalam air rootbear tu...ishhhhh rasa nak pegi lagi pulak hari ni :)

Gelas besar ni sekali sedut boleh tinggal setengah cawan je air dalam tu, kemahen lagi dahaga...dah terasa macam hakak diva Maria Tengku Sabri kekdahnya. Tang nikmat air sejuk sedap masuk ke anak tekak hakak ni...wahhhhhhh seronoknya tak tercerita. 

Datang Wangsa Walk ni semata nak pegi minum air ni je, bukan nak makan apa pun. Dah kenyang makan dekat rumah, just untuk maniskan mulut apa salahnya.

Lepas tu order jugak pancake with icecream ni satu, makan bertiga. Yang pasti icecream tu yang direbut ramai2, pancake tu tergolek macam tu je...hakak makan sampai habis jugak akhirnya, tak baik membazir makanan. 

Hari ni cuaca masih terik lagi, tapi disebabkan dah masuk office tak terasa panas bahangnya. Teringat kucing2 dekat rumah tu, kesian diorang. Tak sabar nak balik cepat, risau takut air minum mereka2 tu habis nanti. Sabar ye kucing...

5 comments:

Kakzakie Purvit said...

Cuaca panas kena air sejuk memanglah itu yg dinantikan.
Kucing anak kakak pun samalah Ann sekarang kena bagi air lebih. Letak seketul ais dalam bekas airnya pun dia suka tau Ann. Cubalah.. itu idea anak kakak:)

anis abdullah said...

float babe..float...

Normi Nieza said...

mmg pnas skarang..huhu

rootbear float tu best..:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

tringin lak nk mnum air tu..huhu sdpnya

seraa rose said...

mmg panas pun.. tp alhamdullilah KB smalam hujan.. kurang lh sikit jadinya..

sdapnya rootbear float.. KB dah xde A&W tu..:(