Monday, February 15, 2016

Cucur Nasi Ikan Bilis

Dah sarapan ke uolsss, surely dah sarapan ek. Nampak sangat iolsss yang baru bangun tido hiksss. Eh iolsss cuti lagi today, ikutkan dah mula kerja tapi malasnya nak masuk office hari ni...kita up lagi sehari cuti. Cuti carryforward banyak lagi, guna selagi adalah.

Hidangan sarapan pagi saya hari ni, cucur nasi ikan bilis. Suami pun cuti jugak hari ni, meriah sikit sarapannya walaupun cucur saja. Teringat masa kecik2 dulu makcik saya pernah buatkan cucur nasi macam ni, memang sedap sangat kalau air tangan orang tua2 yang buat ni. Meh saya bagi resepi :)

Bahan2:
Nasi sejuk
Air 
Bawang besar, bawang putih, ikan bilis (blend kasar)
Tepung gandum
Lada merah (dihiris halus) **saya tambah cili padi jugak bagi pedas sikit
Daun sup atau bawang atau kuchai kalau suka

Cara membuatnya:
Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bawang putih dan bawang besar. Kisar sehingga sebati, sementara tu masukkan tepung gandum dalam bekas lain dan tuangkan bahan kisar tadi. Campurkan semua bahan hirisan, perasakan dan gaul sebati lagi. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak. 

Siap, boleh makan dah. Cicah dengan sos yang uolsss suka. Mudah kan :)

6 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

sdp ni kak..

Kakzakie Purvit said...

Kakak pun suka cucur macam ini.
Cecah dgn sos buat sendiri (cili+bawang putih+gula+sos)

Julia Johari said...

wahhh cucur campur nasi yang di blend air ye, menarik!

Anis Azalea said...

Tak pernah try. Boleh la cuba.

Dr K said...

Best nya la makan cucur di pagi Isnin saat org lain Monday blues! hahahah

Nora Karim said...

mudah juga resipi ni... nanti boleh try... nampak sedap ni...