Wednesday, February 10, 2016

Inai dengan nasi lemak pagi tadi

Inai...saya suka pakai inai, kalau boleh nak berinai memanjang. Tak suka tengok tangan tu hilang seri tanpa warna orange inai. Cuma saya tak suka inai ukir, ala inai yang digunakan siap lukis2 bagai dekat tangan or kaki tu. Saya suka tengok orang pakai inai macam tu tapi tidaklah buat pada diri sendiri. 

Inai yang selalu saya pakai macam ni je, cara lama orang kata...inai tumbuk. Memang gigih saya menumbuk inai kalau dapat inai daun tu, perah asam limau lagi ko. Inai dalam tube tu pun saya suka jugak, itu just untuk pakai dekat kuku. Kalau jenisni saya suka yang warna hitam, ala2 mak lampir ko hakak ni :p 

Pagi tadi serapan nasi lemak, teruja ko bila teringat nasi lemak dekat Ampang Avenue tu...bukan selalu pun makan nasi lemak ni, sekali selama 6 bulan total up setahun tak sampai 5 kali pun makan. Especially kalau beli sendiri lagi susah, biasanya pun kalau makan sebab ada orang yang belanja. Takkan nak tolak pemberian orang kan, terutama sekali kalau ada yang nak sedekah setiap Jumaat tu. 

Tapi ini nasi lemak beli sendiri ye siap dengan telur goreng. Takde sapa nak belanja hakak makan nasi lemak ari ni, dah katanya cuti dok rumah diam2 la ek...

6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Masa kakak kahwin dulu pun cara pakai inai macam ini Ann
Tak ada ukir-ukir tu

Nasi lemak kalau ada bau daun pisang sedap:)

muis ismail said...

aduhhh, nasi lemak tu nampak sedap sangat kak..lapo jadiknya.huhuhu

mun said...

suka gak pakai inai.. rasa cantik je kat jari ni... kan..kan...

Norhayati Mohd Isa said...

Suka bau inai tumbuk tu.. wangi jer jari..

Nasik lemak... emmm dapnyaaa :)

Qhaifa Nur said...

Inai dijari skrg mcm2 corak..cantik pulak

Nora Karim said...

last pakai inai masa nikah kawin aritu.. hahahha
alamak... nampak sedap betul nasi lemak tu... terliur pulak malam2 ni...