Monday, February 8, 2016

Kisah Jumaat lepas dan sepotong cake

Seronoknya cuti panjang kan, berpanjangan sama dengan perayaan CNY. Kita rakyat Malaysia kan harmoni, semua perayaan kita sambut bersama...bersama2 jugak suka bersesak2 di jalan raya. Kalau nak ikutkan tahap jammed, start Jumaat lepas memang dah meriah dengan perayaan lampu break. 

Saya tidak ke mana2 sepanjang cuti panjang ni, setakat balik Seremban saja...itupun balik hari Sabtu sebelah petang. Dah kurang jammed waktu tu tapi ada jugak area yang still jammed. Balik macam biasa ikut Plus highway. 

Jumaat yang lepas sebelah petang selepas balik dari office saya ke rumah kawan dekat area Kajang. Tujuan utama ke rumahnya sebab nak ambik buah sukun. Kawan saya ni ada pokok sukun yang sakan berbuah sehingga tak termakan. Buah tu banyak jatuh dan busuk macam tu je. Dan saya pulak memang penggemar sukun sampai setiap kali teringin nak makan sukun pegilah menapak dekat Chow Kit mencari sukun. Kadang2 tu mak mertua pun tolong belikan sama. 

Ini itik angsa namanya, pada yang KeeL sangat tu might be tak kenal itik angsa ni. Saya sangat TIDAK SUKA dengan itik angsa pasal binatang ni suka kejar orang. Saya memang banyak sejarah dengan itik angsa, tu pasal saya tak suka dengan binatang ni tapi bila dah jadi lauk hakak suka je :p

Rumah kawan saya ni kawasan kampung, seronok sangat sebab ada banyak pokok2 buah dusun belakang rumah je + ada reban itik angsa ni sekali. Mujur itik angsa tak lepas, tidak kalu memang saya tak masuk kawasan rumah my friend ni. 

Hasil pencarian, saya bawak balik 5 biji buah sukun. Ikutkan hati nak bawak balik lebih lagi tapi tak tau nak simpan dekat mana. Banyak sangat nanti tak termakan pulak, rosak macam tu je nanti...jangan, itu dah TAMAK namanya. Ambil takat termampu nak makan saja, taulah free tapi tak elok membazir jugak kan.

Sorry gambo buah sukun takde, lupa terus nak ambik gambo pun. Teruja sangat kot bila dapat buah sukun banyak2 :)

Petang semalam sebelum proceed ke Port Dickson for makan besar bersama keluarga, saya singgah dulu di Secret Recipe untuk beli whole cake untuk di bawa bersama ke PD. Bila ternampak carrot cheese tu, oh sedap la pulak. Terus tapau sepotong, untuk saya makan sorang je dalam kereta...partner aka driver tak payah, biar dia tengok saja bininya makan cake. Badan dia tu dah lebih besar dari bulldozer, tah bila nak kecik balik pun tak tau.  

2 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Ann.. Angsa dibela tuan rumah memang fungsi dia untuk mengejar org kan?. Especially tetamu tak dikenali.



Azian Elias said...

ALHAMDULILAH i tak ke mana2. duk rumah makan je.heeee.
i pun suka buah sukun. sedap kan kerepek dia.