Tuesday, February 23, 2016

Limau ais and makan kenduri

Kisah Ahad lepas...

Tengah hari yang sangat panas, kalau singgah makan or minum dekat kedai, minuman ni memang HARUS saya order...limau ais. Bila dapat minum ais di waktu panas nikmatnya wowww susah nak digambarkan. Surely lalu di tekak laju je, biasanya saya order 2 cawan limau ais ni. Dah kalau dekat mamak tu mana ada cawan besar kan, manalah cukup setakat cawan size teh tarik tu.

Tengah hari itu jugak saya menghadiri jemputan walimatulurus, suka sangat kalau ada jemputan makan kenduri kawin ni...kalau ada kelapangan memang tak pernah culas untuk hadirkan diri walaupun jauh mana pun. Sekiranya benar2 tidak dapat datang saja baru saya inform tuan rumah yang saya tidak datang. Bila dah dijemput kan WAJIB untuk kita hadirkan diri. 

Makanan rumah kenduri kawin adalah perkara pertama yang membuatkan saya teruja sekali, bukannya kisah pun perantinnya cantik macam mana, pelamin gah macam mana...semua tu jatuh tangga ke dua. Bila makanan yang dihidangkan semuanya sedap2 belaka, ermmm memang TERBAIK lah jadinya majlis tu. This time around, saya dapat merasa masakan kampung memang best sangat terutama sekali rendang kacang dengan hati dan jantung ayam tu. Lauk simple je tapi sedapnya....

7 comments:

seraa rose said...

menyelerakan nampak part kacang botol ngn sambal tu.. :)

cik hani said...

wah...sedap..sedap

Aiezza Sue said...

kalau kat kampung saya, rendang hati dan jantung mempedal ke semua yang dalam-dalam ayam tu makan masa malam menjelang kenduri,..sedapnya, lama tak jumpa sebab selalu miss kenduri kat kampung :(

Kakcik Nur said...

Sedapnya bila dapat makan lauk pauk ala kampung di rumah kenduri... :)

QasehnyaRania said...

kenduri di kampung mmg di nanti2 suka lauk pauknya. puas makan

Julia Johari said...

Limau ais tu bagus, boleh redakan penat dan sakit kepala seharian...detox pun terbaik

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Nyum3.. sedapnya Ann.
Saya pun suka kalau majlis dihidangkan nasik putih berlaukkan menu kg. Lagi2 kalau berkuah lemak nangka + ikan masin bulu ayam + ulam. Sedapnyaa.. masih terasa2 sampai skg.