Monday, February 22, 2016

Mendaki kita Sabtu lepas

Aktiviti outdoor saya pagi hari Sabtu yang lepas bersama keluarga, dah lama sangat tak buat activiti panjat memanjat bukit ni selepas masalah jerebu tahun lepas. Masa tu kan udara memang tak bersih sangat dan tidak sesuai untuk aktiviti macam ni, tu yang terus stop sehinggalah saya mulakan semula minggu lepas. Bukit Broga yang saya maksudkan di sini dan ini bukan pertama kali saya mendaki bukit ni. Seperti tahun yang lepas2, hampir setiap bulan saya menjelajah bukit ini dan menjadi satu aktiviti rasmi kami sekeluarga. 

Walaupun bukit ini nampak macam simple je nak mendakinya tapi beware, ia tidak semudah yang di sangka. Sebelum nak mendaki kena pastikan cuaca benar2 baik, tidak hujan di malam hari sebelum pendakian. Ini dikuatiri tanah menjadi licin dan tidak sesuai untuk pendakian. Tapi saya pernah jugak teruskan pendakian dalam keadaan macam tu tapi saya tawakal saja pada keadaan, alhamdulillah keadaan terkawal dan selamat sepanjang pendakian. Yang penting adalah kasut yang digunakan adalah kasut yang betul, mempunya cengkaman yang kuat setiap kali kita berpijak. Macam saya, hiking shoes memang wajib digunakan. 

Sehari sebelum pendakian, saya pasti akan makan agak banyak or makan makanan yang heavy seperti nasi arab ke briani ke, sure hakak bertukar menjadi naga malam tu. Yelah bukan sikit2 tenaga yang bakal nak digunakan nanti, mendaki guna tenaga yang banyak ye dek...pastikan kondisi diri sendiri jugak baik sebelum mulakan pendakian. Kalau dah rasa pening2 lalat sakit kaki la sakit lutut la, lupakan ajalah. Makan dengan kuantiti yang banyak ni bukan sejam dua sebelum pendakian ye, saya biasanya akan ambik dinner yang heavy tapi bukan sarapan yang heavy. Kalau sebelum nak mulakan mendaki tu terasa lapar ke hapa, cukup secadar makan pisang. 

Masa memulakan pendakian pulak, biasanya saya mulakan diwaktu dinihari...maksudnya sebelum subuh lagi. Dalam 5am saya dah sampai di kawasan parking di ladang kelapa sawit bawah bukit, tunggu masuk subuh solat siap2 dan terus mulakan pendakian. Waktu ni memang tidak ramai sangat pendaki tapi still ada jugak dan biasanya mereka mendaki dalam bentuk kumpulan. Kalau tidak biasa digalakkan mendaki selepas 7am atau kalau nak lebih awal pulak pastikan secara berkumpulan, jangan nak tunjuk berani sangat nak mendaki sorang2 ye. Lepas tu jangan lupa bawak bekal air mineral sekali ye sebab dekat atas bukit tu tak ada 7 Eleven...kang ada yang fengsan kehausan pulak nanti. Tapi yang paling penting sekali, sekiranya ingin mendaki seawal pagi tu digalakkan membawa headlamp atau lampu suluh ye...laluan pendakian sangat gelap jangan sesekali berani berjalan dalam gelap. Tapi sekiranya takde headlamp, kenalah ikut kumpulan yang lain...maksudnya tumpanglah group orang lain, sudah pastinya mereka ada membawa lampu suluh sekali. Diingatkan sekali lagi, jangan nak berani sangat mendaki dalam keadaan yang gelap ye, malang tak berbau. Boleh jugak nak bawak tuala muka untuk lap peluh tu tapi hakak lap dangan dengan baju je hiksss. Pakaian juga kenalah yang sesuai ye, ada jugak yang saya jumpa pendaki kemahenlah melaram walhal nak mendaki je tapi bersangka baik sajolah, might be dia nak bergambo sakan di atas bukit tu nanti. Tapi yang penting bagi saya, outfit yang sesuai adalah digalakkan bagi setiap pendakian seperti kasut mendaki...bukannya pakai selipar jepun or snicker or running shoes.
     
Bila dah sampai puncak, lepak santailah kita sampai waktu terang...memang mendaki ni semata nak tengok sunrise kan. Tak terpetik pulak gambo masa sunrise masa ni, mungkin dah selalu sangat naik dan dah rasa cukup semata menikmati pemandangan saja. Waktu kami naik tu pun dah ramai manusia yang sampai ke puncak, kena pandai2lah mencari port nak melepak. Memang ramai yang mendaki Bukit Broga sekarang ni, sometimes boleh jammed jugak laluan turun dan naik bukit ni. 

Pada pendapat saya lah, Bukit Broga ni bukit yang agak senang untuk di daki dan mengambil masa hanya 30mins untuk sampai ke puncak sekiranya sepanjang laluan adalah lancar tanpa jammed. Bagi yang baru2 nak belajar mendaki boleh sangat kalau mencuba dulu daki Bukit Broga tu. Kalau Bukit Tabur, pendakiannya agak mencabar dan banyak kawasan yang curam.

Ramai je pendaki yang bawak anak2 mereka mendaki sekali tapi biasanya waktu dah teranglah. Pernah sekali saya berjumpa dengan pendaki yang membawa anak kecik bukan kecik yang setahun 2 tu tapi masih baby lagi. Memang saya kagumlah dengan dia, berani kendong baby sampai ke puncak bukit dan baby tu tak menangis pun. Syok agaknya dengan udara sejuk bak dalam bilik ber aircond kot.  

Bila dah hilang penat mendaki dan orang pun semakin ramai di puncak bukit, dah sampai waktunya untuk kami turun. Takkan nak duduk atas bukit tu sampai matahari memancarkan, cayak hakak nanti. 

Lepas mendaki ada reward untuk anak tekak pulak, terus pegi ke Pekan Lenggeng pulak untuk cari nasi lemak sambal ikan sembilang. Hahhh ini rare ye, hanya di Negeri Sembilan sahaja...den anak nogori hokey walau pun lebih kepantai timur je gayanya :p

5 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Oh.. Ann kena mkn nasi Arab ye utk dpt tenaga?. Huaa dasyat! Kalau saya pulak.. kena minum manis2, telan madu.

aKSARAfENDI said...

chaiyok2..

seraa rose said...

lama dah teringn nk naik bukit Broga ni.. tp blm berkesempatan lg.

WanBeruas said...

Pemandangan Bukit Broga memang cantik tapi dari sudut cabaran Bukit Kledang di Ipoh jauh lebih xtreme...

Julia Johari said...

wauuu reward mendaki pekena nasi lemak ikan sembilang tu mmg power sgt lah...cm ne ye rasa