Monday, February 29, 2016

Restoran Tong Juan

Blog ni rasanya memang tak pernah sunyi dengan entry makan. Hakak rasa cerita hakak dekat sini asyik menjurus ke arah makan je. Tapi takpelah ek, uolsss hadapkan aje sampai hadam ye. Tapi janganlah tak baca, sedih hakak sendu ni nanti.

Sekarang ni saya suka sangat singgah makan dekat Restoran Tong Juan setiap kali balik ke Kemaman. Kalau tak datang untuk lunch, saya datang untuk dinner tapi yang pasti memang akan pergi makan dekat sini jugak. Restoran ni selalu penuh dengan pelanggan yang datang untuk nak menikmati keenakan stuffed crab aka ketam bungkus. 

Tengok nama restoran pun dah cina kan, dan definitely restoran ni memang kepunyaan orang cina tempatan sini, Kemaman.

Limau sentiasa menjadi minuman pilihan, bukan nak potong lemak tapi entahlah memang sangat suka air limau ni.

Ok, ini dia signature dish dekat sini....Stuffed Crab. Masa ni saya datang makan dengan suami dan saya angkut sorang lagi anak buah to join us. Harga sekor ketam tu kalau tak salah is RM8.50. Dalam tu ada segala ingredient yang bercampur dengan isi ketam jugak, ermmm sangat sedap. Rasa kejadiannya macam kita makan popialah, isinya penuh dengan hirisan sayur bersama dengan dengan isi ketam, cuma tinggal lagi jangan berani nak makan kulit ketam tu je...tapi kalau berani jugak cubalah, hakak tak larang dek :p

Waktu saya datang ni adalah dinner time so makanan yang di order tidak meriah sangat, saya kan tak ambik heavy dinner. So order nasi goreng cina saja dah cukup mengenyangkan dan nasi goreng ni ada banyak udang which is memang menjadi kegilaan anak buah saya, habis udang2 dalam nasi tu dikutipnya. 

Pada sapa2 yang teringin nak mencuba, meh hakak bagi address: restoran ni terletak tidak jauh dari Muzium Kemaman. 

Restoran Tong Juan
K-117, Jalan Sulaiman
Kemaman
Tel: 09-8591346

4 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

sdp lak tgk ketam tu..

Kakzakie Purvit said...

Restoran Cina tapi kalau halalan toyyiban tak jadi masalah.

Nurzakiah Hanum said...

nampak menarik nie

Mrs Velentine said...

wah sedapnya ketam tue..samalah MV malam tak heavy dinner.....syamimi sama mcm anak buah awak..dia pantang nmpk udang../dia akan cakap adik punya tue...hihi