Wednesday, February 3, 2016

Sushi + Barli Suam

Saya ni sedang mencuba untuk update entry setiap hari tapi setiap kali mengadap blog ni mulalah mata terasa berat semacam. Baru terasa betapa seronoknya kalau dapat luruskan badan atas tilam sambil mengadap tv. Bukan nak tengok tv sangat pun tapi just untuk layan2 mata supaya cepat tido. YES, saya sorang yang mudah tertido kalau mengadap tv ni + kalau cerita tu tak paham hujung pangkalnya...sangat membantulah :p So alasan untuk update entry setiap malam tu memang agak janji tinggal janji saja. Itu yang sekarang ni agak jarang2 saya update entry dalam seminggu, hanya bergantung pada hujung minggu sahaja untuk update entry and set schedule on my every entry. Kalau ada live entry tu kira huntung la krik krik krik...

Minggu lepas ada training di Bangi. Setiap kali training mesti hati kemahen girang gumbira coz boleh balik awal dari biasa. Tapi itu pun indah berangan sajalah, hakikatnya tetap balik lewat jugak. Ok tak perlu nak komen sangat la ye, lumrah hidup makan gaji macam inilah...syukur masih ada kerja, alhamdulillah. 
My laki ajak makan sushi, mamat ni suka makan dekat Sushi King...so kesanalah cerita kita ni ye. Tak ingat dah masa bila ni tapi yang pasti hari bekerja, kami sama2 cuti...surely datang petang hari coz ada less pada setiap menu selepas 3pm-6pm, on weekend tak dapat ye uolsss. Ok habis cerita makan sushi :)

Masih berkenaan dengan cuaca lagi, musim panas masih belum berlalu...badan luar dalam rasa berbahang saja. Orang kata barli mampu menyejukkan badan. Malam tadi saya pergi minum barli suam demi untuk nak sejukkan suhu badan. Banyak khasiat jugak barli ni, selain dari menyejukkan badan, barli jugak boleh mencerahkan kulit...tak payah nak q putih sangat ye. Ada caranya untuk jadi putih dengan mengunakan barli ni tapi saya malas nak share, uolsss google lah sendiri.  

3 comments:

babYpose said...

Dah lama tak minum air barli, nak minum jugak nanti.thanks for sharing :)

muis ismail said...

penah try sekali minum barli ni..tapi tak kena dengan selera.hihihi

nuyui a.k.a miss YUI said...

sdp gk air barli..

yui xpnh mkn kat sushi king walau selalu lalau kedai tu..hihi..xde peneman yg ngam mkn sushi =(