Tuesday, March 15, 2016

Bila Miki is mandi

Banyak pulak kisah Miki si bulus ni ek, sekali mak ko update kisah ko je lah memanjangnya kan. Takpelah nanti takde kisah pulak nak cerita dalam blog ni, dahlah sekarang ni blog ni semakin sendu je hukhukhuk. 

Hujung minggu bukan saja semata membersihkan rumah tapi juga hari membersihkan isi rumah jugak terutama sekali anak2 bulus. Seperti sedia maklum, dalam rumah saya ada 9 ekor anak bulus semuanya dan memang agak mencabar untuk nak mandikan mereka serentak. What i do is, saya mandikan at least 3 ekor sehari which is pagi, tengah hari dan petang setiap ekor. Bergantung pada cuaca jugak, kalau hujan dan cuaca sejuk...saya tak mandikan mereka2 tu. Kesian nanti sejuk pulak sementara nak tunggu bulu tu kering. 

Saya akan mandikan mereka menggunakan air suam, jerang dulu air dan sediakan air mandian mereka. Kalau mandi air sejuk nanti mau satu taman tu boleh dengar suara jeritan sang bulus. Shampoo pun ikut jenis2 jugak sebab ada jugak, yang normal dan untuk fungus. Shampoo kutu pun ada simpan in case diperlukan tapi diorang ni takde kutu so far, mungkin sebab tak bergaul dengan kucing luar kot. 

Bila tiba waktu mandi tu siaplah sinsing lengan baju lipat hujung seluar sebab nanti akan basah bersama2 mereka jugak. Siram2 air suam, gosok2 badan celah2 ketiak kangkang balik telinga semua saya sental, shampoo badan lepas tu berus pulak. Dah settle siram sampai bersih. Ambil towel lap2 sikit dan gulung satu badan lepas tu kepit peluk sekejab, kemain suka lagi bulus2 ni bila buat macam tu sebab tengah sejuk kan. Senyap je tak melawan pun, lagi kuat kita peluk lagi suka dia. 

Lepas tu biarkan dia keringkan bulunya sendiri, biasanya kucing saya akan cari port yang ada cahaya matahari untuk mereka boleh berjemur. Masa tu selaklah langsir sikit biar cahaya masuk dalam rumah or diorang akan melepak dekat laundry area tu cuma bila berangin sikit mulakan diorang lari masuk dalam rumah semula.

Minggu lepas turn Miki, Lulu dan Lili yang mandi tapi gambo Miki je yang saya ambik. Sama je situasinya dengan kucing2 yang lain, kita bagi wakil dekat Miki jelah enter-frame ye.

Miki tengah gigih mengeringkan bulu dia, jilat tak berhenti2. Walaupun kucing kampung je bulu pendek tapi tebal, lambat jugak keringnya.

Satu peel lagi setiap kali selepas mandi, kemanjaan diorang ni bertambah2. Seharian memang nak duduk mengepit saja. Tak mau lah dia nak pegi main2 dengan anak2 dia ke duduk lepak tepi tingkap ke. Akan jadi mangsa ikutan je sampai nak masuk toilet pun ikut sama, tahan tunggu depan pintu tandas sampai kita keluar.

Sampai malam ko macam ni, tido pun atas lengan yang dia nak. Memang penat sikit kalau layan kerenah minah ni tapi nak buat macam mana, dah peelnya begitu.

5 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

mcm yui, yui akan mandikan semua dlm satu masa. agak byk, bahagikan dua hari.heee.

lps mndi deme tido. heee, geram tgk peel deme.

babYpose said...

Patut comel mandikan selalu ye.. bole tido dalam bilik sebab bersih.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Kalau manusia, bila ank2 kecik mandi saing2 kita dlm bath tub.. dorang akan jadi manja (kata org2 tua), tak sangka plak kucing pun bertukar manja ye bila dimandikan Ann.. mungkin dia rasa terhutang budi dgn tuannya kot sebab rasa selesa lepas dimandikan..

Aaron Grey said...

Hi, can I contact you through your email? I've something to share that might interest you.

Aaron
aarongrey112 gmail.com

Aiezza Sue said...

sendu macamana tu? suka je dtg baca entry2 ann, cuma tang nk komen tu blur kekadang :) errr.. miki mesti kesayangan sgt ni.