Wednesday, March 16, 2016

Espetada Nando's

Weekend kalau takde kerja, inilah kerja wajib buat masa tu...food hunter kata orang2 sekarang la. Tah apa yang nak di hunter kan pun saya tak tau, nak makan je kot...makanan tinggal tunjuk2 je tak perlu nak memburu bagai. Nak ambik interior kedai makan, lagilah hakak ko malas...datang nak makan bukannya nak jadi contractor ambik gambo interior dalaman kedai makan. 

Kali ni datang makan dekat Nando's Ampang Point, dekat dengan rumah tak payah susah2 nak parking dalam mall. Nando's ni dekat shopload area so senang nak parking, untung2 kalau dapat pulak parking depan kedai...wah hakak memang suka la tu. 

Selalu order makanan yang 1/4 ayam, tak pun terus 1/2 ayam tapi kali ni nak rasa ayam dengan gaya yang lain pulak. Kali ni nak cuba Espetada pulak bersama 2 side dishes. Minuman pulak saya order air turun dari langit (sky juice), boleh refill sampai kembung.  

Bersebab jugak saya ambik sky juice sebelum tu coz tak berapa suka makan dengan minum air manis2 ni. Tapi lepas kenyang, baru ada feel nak minum air manis2 pulak, so Hot Chocolate menjadi pilihan. Gambo tu diambik selepas 1/2 hours minuman sampai, hambek ko gelembung2 corak tu. Dah macam pelik pulak rupanya, adakah ini kejadian normal?!!!

3 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

walaupun nandos dkt dgn yui tp yui xpnh makan lagi kat situ.huhu

IQ = Iez Qis said...

gelembung pada hot chocolate tu da mcm kena alahan pada bibir dgn mata dah XD

Siti Yang Menaip said...

nandos best tapi x penah try yang ni.. dok ayam ngan side dishes je la..