Sunday, March 13, 2016

Gaya tido dengan kopi

Hari minggu yang free sangat, macam biasa warga isteri kalau hujung minggu duduk rumah sambil buat kerja yang normal mereka2 biasa buatlah kan. Eh tak payah nak repeat lah pasal tu, sama je setiap minggu pun.

Saya suka duduk rumah pun sebab ada peneman dalam rumah ni. Saya takde anak kecik nak di kelekkan tapi saya anak bulus yang boleh di belai buat gaduh dan buat main kejar2. Maka weekend saya tak pernah sunyi, sentiasa dipenuhi dengan gelagat bulus2 ni semua. Kadang2 tu sampai malas nak keluar rumah pun jugak, sanggup duduk terperap je sepanjang hari. 

Anak bulus saya mestilah kucing saya. Ok kali ini saya nak tunjukkan cara Miki tido pulak. Minah diva ni memang paling mengada dikalangan bulus2 yang lainnya. Baget banyak pulak kucingnya kan tapi memang pun, saya ada 9 ekor kucing yang sedang saya jaga sekarang ni. 

Gaya tido yang pertama, memang suka sangat budak ni tido bergulung2 macam tu. Lebih lena kiranya coz kalau kita kacau, lagi dia bergulung sambil tutup muka pulak.

Gaya tido ke dua, setiap kali saya jemur bantal selimut dekat atas kerusi ni, minah ni mesti datang memanjangkan badanya. Makanya kadang2 bantal selimut saya agak berbulu kucing sikit hiksss, setiap minggu kena tukar if not penuh la dengan budu kucing semata. 

Gaya ni paling WIN, Miki suka tido atas pangku sebenarnya. Setiap kali saya mengadap laptop or menonton TV sambil duduk atas sofa, adalah tu kejab lagi orang berbulu datang naik atas pangku. Memang lena dia akan tido sampai lengguh kaki tangan menahan badannya tu. Nampak saja kecik tapi berat sebenarnya. Bila sedang tido ni janganlah pindahkan letak bawah, mesti dia bangun balik dan takkan tido dah lepas tu...mengada sungguh.

Bila malam, suka tido between makpaknya...kadang2 berkongsi selimut sekali. Dah berapa kali terhimpit budak ni setiap kali berkalih tido. Paknya lah yang selalu alihkan Miki bila maknya dah terhimpitkan budak kecik ni. Bila letak dekat luar memang tak maunya dia tido, tahan tunggu depan pintu bilik nak tido sesama. 

Cuma sekarang ni saya dah mula letakkan bulus2 ni dalam cage bila malam. Sekarang ni saya pun dah ada tanda2 sinus, tapi susahlah nak sembuh pun selagi ada kucing dalam rumah.  

Malam minggu, lepak minum kopi dekat PapaRich. 

2 comments:

Azian Elias said...

i mmg peanut kucing.. tak tau kenapa.. nampak dr jauh dah mula mengelabah.. dulu2 masa kecik pernah terpijak anak kucing yang baru latir sampai mati.. trauma lah situ agaknya..

nuyui a.k.a miss YUI said...

alalal mcm mcm gaya tido ea..