Monday, March 14, 2016

Jadual makan hari ni

Hari ini dengan besok my boss cuti, ada upacara pembersihan kubur mendiang paknya dekat Betong. 

Pagi tadi sampai Kampung Baru awal pulak tu, terus ajak suami pegi breakfast dulu memandangkan dia pun masuk office around 9am dan kami sampai Kampung Baru 7am...memang sempat sangat nak breakfast sama2. 

Terkeliur tengok meja jiran sebelah ambik nasi kerabu, saya dengan suami pun ambik nasi kerabu sama solok cili tapi lauk sambal kerang...ahhhhh bolehlah. Sedap jugak pada tekak saya terutama sambal kerang tu, budu pulak dah hampir nak jadi kuah nasi kerabu hiksss. Kami sarapan ni dekat Kampung Baru saja, ishhh Kampung Baru ni apa jenis makanan pun ada cuma makpak je tak jual dekat situ :p

Tengah hari tak makan ape2 pun cuma minum saja, kenyang lagi gamaknya penangan nasi kerabu pagi tadi. Tapi keluar jugaklah ke Central Market temankan kawan office nak lunch dekat sana. Makan dekat foodcourt CM, saya order ABC Special ni saja. Musim panas hanya ini saja yang mampu memikat tekak kan. 

Lepas office hour nanti jadual gym seperti biasa. During workout saya tidak akan makan ape2 unless kalau terlalu lapar sebab tak makan lunch tapi dalam kes hari ni memang boleh kenyang sampai malam + sugar added pun cukup kan, dah belasah ABC takkan tak cukup gula lagi dalam badan ek. 

Malam ni back to normal routine, protein shake sebagai menu dinner dan saparan pagi besok. Dah lah, bulan depan je baru makan nasi kerabu semula itu pun kalau nak lah tekak ni lagi. 

1 comment:

nuyui a.k.a miss YUI said...

blk smlm pn yui mkn ns kerabu..sdppp.