Thursday, March 17, 2016

KFC tetap di hati

Bila rasa nak makan ayam goreng, mesti ingat KFC. Bila tak tau nak makan ape, jawapannya mesti cari KFC. Kiranya dekat KFC tu mesti bertemu jawapan pada teka teki tekak ni, masa tu jugak idea nak makan apa tu terjawab. 

Saya dengan suami memang loyal dengan KFC ni, penyumbang utama almost setiap bulan. Setiap minggu tu tidak lah, lari budget pulak nanti hiksss. Tapi bagi saya harga makanan di KFC ni masih lagi berpatutan dan agak murah kalau nak dibandingkan dengan harga makanan di restoran makanan segera yang lain. Masih boleh lagi menikmati ayam goreng atau burger dengan harga bawah RM10. 

Orang seperti saya yang sentiasa avoid daging akan sentiasa memilih KFC sebagai restoran kegemaran sebab semuanya berasaskan ayam, tiada daging. Mujur jugak dekat kawasan rumah saya pun ada KFC yang beroperasi 24hrs dan memang saya sentiasa mencari ayam goreng di tengah2 malam ni. Biasanya waktu tengah malam macam ni lah KFC penuh dengan pelanggan, ada yang makan terus ataupun take away. Makanya tak rasa bersalah lah makan lewat malam tu...boleh pulak gitu ek.


Ini menu setiap kali boring tak tau nak makan apa pada hujung2 minggu. Hujung minggu kalau malam2 tu biasanya kami suka jalan2 habiskan petrol keliling KL ni, lepas tu bila lapar KFC lah yang sentiasa dicari. Dapat makan ayam goreng seketul tu...ermmm nikmatnya.

Nak makan ayam goreng KFC hanya pada weekend saja. Hari2 biasa hanya ni saja yang saya telan, oat atau nestum. Cheat day cuma 2 hari je, jangan mandai2 nak tambah hari pulak ye hakak Ann.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak rasa pun dulu yg memulakan makanan segera di M'sia ni KFC rasanya.
Sesekali oklah asal jgn selalu kan.

Siti Yang Menaip said...

betul tu.. kalo tekak rasa nak makan ayam goreng mesti tingat KFC.. one and only jugak kan..