Friday, March 11, 2016

Main masak masak

Inilah dia project mak2 kalau dah balik kampung ramai2 ni, project masak memasak makan sampai kenyang perut. Mak2 ni kan selera dia lain sikit bila dah berkumpul ramai2 ni, ada saja idea nak masak apa. Benda yang tak pandai buat pun tiba2 saja dah pandai buat pulak bila ramai2 berkumpul tu.

Hidangan ni memang rare sikit dalam keluarga kami sebab cara pembuatannya tu agak leceh sikit. Kalau nak buat jugak kena ada kaki tangan yang ramai untuk membantu, so boleh bahagi kerja suka sama suka kiranya.

Inilah menu utama untuk makan malam, laksam. Saya pun tak pandai buat hidangan ni, kalau teringin sangat tu memang beli sajo. 

Memang puas makan laksam sampai bertambah berulang kali. Biasanya kalau beli tu kan makan sebungkus je tapi bila dapat buat sendiri ni baru syok makan banyak2.

Selain dari laksam, sempat jugak lagi mengengtel karipap jugak.

1 comment:

IQ = Iez Qis said...

perghh laksam! feveret IQ! mintak sket!