Friday, March 4, 2016

Memancing?!!!

Kebiasaannya setiap kali saya atau family balik ke Kemaman, not much to do pun. Lebih kepada pegi dusun or buatlah apa2 aktiviti untuk meluangkan masa yang ada. Nak kemas rumah pun takde apa sangat coz helper yang selalu buat kerja2 tu. Takkan nak explore tempat makan je kot, boring kalau dah almost setiap minggu balik sana. Kalau balik ramai2 tu seronok la boleh main masak2 kan.

Kisah sepetang yang tak tau apa nak buat tapi tiba2 abang saya ajak buat aktiviti ni, sumpah hakak garu kepala. Tak pernah seumur hidup hakak ni buat kerja2 ni tapi dah kena paksa, pegi jugak la.

Nun sayup2 pohon rhu melambai2 suruh datang dekat...

Inilah aktiviti kami beramai2 di tepi pantai depan rumah. Melintas jalan je bukan jauh sangat pun.

Bukan nak dapat ikan sangat pun tapi saja je luangkan masa main2 tepi pantai ni. Kami tak mandi laut walaupun rumah tepi laut. Dekat sini ombak kuat, so jangan ambik risiko. Budak ni memang takde benda lain nak buat, ambik gambo hupdate, ambik gambo hupdate...like no body care :p

Sudahnya kena paksa pegang kail panjang berjengkal2 tu. Katanya ada rasa macam kena tarik tapi lepas tu bila dah takde pulak. Entahlah, agaknya ikan tu tak jadi makan umpat kot...main acah2 je.

Bila Tok Siak dah siap ketul2 mic, baru berduyun anak beranak balik rumah dengan tiada hasil tangkapan pun. Bukan anak cucu nelayan kot, macam ni lah jadinya hiksss.
  
Yang pastinya setiap kali berkumpul dengan ahli keluarga merupakan saat yang paling best dalam hidup saya walau macam mana keadaan sekali pun. Family will always in my heart. 

3 comments:

Sue Bee said...

HI, lama tak jenguk sini. best gak rumah tepi pantai.. Ikan dah bijak sangat dah sekarang ni..

Ibnuismaini Ismail said...

Persatuan ikan lancarkan "Hari tidak makan umpan" barangkali. Hee~.

Best jugak aktiviti memancing ni.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

What?. Depan rumah ada pantai???!!. Bestnyaaa...
Sedap ikan2 fresh. Teringat housemate org Trengganu.. bila blk dari kg je bwk ikan rebus.. sedapnya masih teringat2 sampai skg.