Tuesday, March 1, 2016

Menu hujung minggu

Menu simple saja pada Ahad lepas. Hujung minggu adalah waktu mengemas rumah, sapu lantai sampai sawang, lap lantai, kemas susun atur semula barang2 dalam rumah, mendobi dan segala kerja mak2 biasa buatlah. Hanya hujung minggu saja yang saya ada masa untuk buat semua ni, hari2 lain tu memang tak pernah sempat. 

Makanya menu hujung minggu juga adalah yang simple jugak, yang senang dan cepat penyediaannya. Kadang2 tu saya masak 'beria' jugak, tengok keadaan.

Ini antara menu paling biasa setiap kali hujung minggu, ikan goreng, sup ayam, ulam2 dan wajib ada....budu. Sedapnya, rasa macam nak makan lah...kbai

3 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Hmmm sedap budu.
Menu2 mcm ni la yg lg membuka selera.

Aiezza Sue said...

errr.. errr, pinggan cun-cun :)

muis ismail said...

memang sedap pekena budu dgn kacang botol.
ada singgang lagi gempak ni.hehe