Thursday, March 10, 2016

Mesin buat parang

Sebulan dua terasa pulak kerapnya saya balik ke Kemaman. Selalunya sebulan sekali or kadang2 tu 2 bulan sekali baru balik. Tapi la ni macam selang seminggu mesti balik sana. Dah sampai aura rajin la tu, ikutkan selalunya macam tak berapa nak rajin sangat. Yelah aktiviti dekat KL lagi banyak kot, nak mengemas rumah la buat ini itu segalanya hanya dapat buat on weekend saja. 

Ok lah tu ek, dapat jugak tenangkan fikiran aka jalan2 setempat walhal balik kampung ja pun. 

Dah tak tau gambar ni masa balik yang mana tapi musim panas tu memang dalam sebulan dua ni la kan. Panas yang memang berdenting teriknya sampai nak bukak mata pun payah...silau. Tapi bermula dari semalam selepas gerhana tu rasanya macam dah sejuk sikit kan, ke perasaan saya je...entahlah. Tapi syukur malam tadi pun dah tak panas sangat. Kalau tidak tido pun resah gelisah tak lena sangat sebab haba panas masuk sampai dalam rumah.

My brother baru beli mesin ni, mesin buat parang katanya. Ayo takde keje agaknya mamat ni, mesin ni pun nak dibelinya. Baik beli je parang yang dah siap tu. Tapi dah memang minat dia buat kerja tukang2 ni, kekdahnya orang dah bersara memang macam tu kan. Kalau boleh semua kerja bercucuk tanam, tukang2 ni semuanya dia nak buat...serupa macam syndrome la jugak, retirement syndrome :p

3 bilah parang in progress, akan bertambah more and more lagi. Katanya nak buat and bagi sorang satu nanti. Bagus la tu, rumah saya pun takde parang...takat pisau potong ayam tu adalah. Bila nak kopek durian tu alahaiii seksanya, itu pasal setiap kali bawak balik durian memang bawak isi durian je. Jangan harap saya nak bawak balik sebijik buah durian, nak bukak dengan ape nanti dekat rumah tu. Takkan nak kokak dengan tangan kot...

Juadah tengah hari, makan ramai2 memang macam ni. Lepas tu simple sangat lauknya coz nanti malam plan nak makan yang agak meriah sikit. So siangnya kita lite2 dulu.

2 comments:

Qhaifa Nur said...

Seronoknya balik kg...
kadang2 darah seni tu ada..tu yg suka buat sendiri parang dr beli..

Kakzakie Purvit said...

Jgn pandang sebelah mata Ann
Buat parang sekarang boleh buat duit tau - demand tinggi boleh hantar ke kedai-kedai hardware.