Saturday, March 12, 2016

Nasi ayam goreng kunyit Mat Rock dan Miki

Semalam keluar office awal dalam 12pm sebab nak tapau makanan. Walaupun Jumaat waktu lunch panjang tapi macam takde perasaan pulak nak ke mana2 cuci mata. Baiklah duduk dekat office saja, boleh siapkan keja yang tak siap tu. Bila rasa mengantuk sikit mata, boleh lagi nak tido selelap dua, kan waktu break panjang. 

Saya dengan kawan singgah bungkus makanan dekat belakang EPF Jalan Raja Laut, bungkus nasi ayam goreng kunyit saja. Saya memang suka nasi lauk kering takde kuah macam ni. Dekat bawah timbunan ayam tu nasi putih, penuh satu bekas polistrin tu...lepas makan memang tersandar kekenyangan. Curah kicap je dah cukup tapi saya memang tak makan sambal belacan gerai ni, tahap kepedasannya saya memang tak boleh tahan...pedas sangat. 

Hari ini Sabtu, saya tak ke mana2 pun...duduk dekat rumah je. Sekarang cuti sekolah dah bermula, agaknya banyak jugak tempat shopping berjalan semua penuh2. Aura cuti sekolah ni memang selalu lain macam je. Itu yang membuatkan lagi malas nak berjalan2 tu, lebih baik duduk di rumah layan keletah budak bulus ni. Si debab Miki ni kalau bab makpak dia ada dekat rumah memang kegemaran dia la. Mulalah nak tunjuk manja tak pasal2 tu, nak dukung la, nak makan la, nak tido atas pangku la. 

Kucing dibela memang macam tu kan, lagi suka kalau dibelai2 ni...bertambah lentoknya :p

No comments: