Sunday, March 20, 2016

Nasi dagang dan kebab

Hujung minggu, bestnya kan...tapi seringkali kita merasakan masa begitu pantas berlalu sehingga tanpa sedar masa sudah hampir untuk bertukar ke hari seterusnya. Mungkin hujung minggu merupakan hari sibuk kita di rumah, bersama keluarga tercinta, atau melakukan aktiviti yang menarik sehingga tidak sedar masa berlalu. 

Macam saya, setiap pagi hujung minggu pasti akan ke taman untuk joging...seperti pagi tadi selepas solat subuh terus keluar rumah untuk ke Taman Titiwangsa. Ini memang waktu tetap saya untuk keluar jogging, pastinya selepas solat tidak akan terus sambung tido sebaliknya terus sarung baju untuk berlari pulak. 

Hari ini saya dapat habiskan 15km dalam 1jam 30mins. Suami pulak habislah 2 pusingan, itu pun ikut katanyalah. Saya biasanya lari sorang, tak terikutnya pakcik tu kalau nak lari dengan saya...nescaya kena tinggal je. Makanya kami akan buat aktiviti sendiri setiap kali di taman dan akan janji dekat port mana2 bila dah habis aktiviti nanti. Macam pagi tadi suami yang menunggu saya bila dia dah cool down lagi awal. Niatnya nak buat thai chi tapi tak jumpa pulak geng yang selalu buat thai chi tu.

Rehat sekejab, tukar baju kering dan terus balik. Niat nak singgah Chow Kit beli barang untuk masak lunch tapi suami nak makan steam chicken je, so tak jadi pegi pasar basah. Terus tukar plan, nanti singgah Hyper Market dekat dengan rumah je.

Sebelum terus balik, singgah dulu tempat cari sarapan pagi. Dah burn lemak, it's time tu add lemaks semua. Singgah Keramat AU5 untuk nak pekena nasi dagang, tempat ni memang femes emes dengan makanan sarapan pantai timur. 

Saya dengan nasi dagang memang tak mampu untuk nak menolaknya, sangat suka bau halba yang di masak bersama beras tu sehingga dekat rumah kalau saya masak nasi pun saya suka letak halba...nasi biasa je tapi entahlah memang suka sangat halba tu. 

Suami pulak makan nasi kerabu, entah macam mana terletak banyak sambal belacan pagi tadi...jatuh air mata jantan laki hakak. 

Uolsss dah cari ke kain baju untuk hari raya nanti. Bunyi macam lama lagi nak raya kan tapi entah kenapa Jumaat lepas saya terbelek2 kalender, ternampak tarikh hari raya...lalu terus check jugak tarikh mula berpuasa. Wahhhh tak lama lagi rupanya, no wonder ada pernah saya terima msg dalam group WA mengatakan yang kita akan bertemu Ramadhan kurang dari 100 hari lagi. Sangat pantas masa berlalu.

Makanya siang tadi selepas Zohor, saya dan suami pergi ke Jalan TAR untuk mencari kain untuk baju raya kami tahun ni. Memang dah menjadi kebiasaan, kami akan mencari kain beberapa bulan awal dan pernah jugak setahun awal. Ini sebab tak suka buat kerja last minutes, dan tak suka bersesak2 di Jalan TAR bila tiba waktu bulan puasa nanti. So semuanya dah settle siang tadi, tunggu nak pegi hantar ke tailor je ni. Tailor tetap, so senang sikit kerja. Hantar je kain dan WA gambo sample baju yang dihajati, pandai2lah tailor tu nak buat macam mana nanti.

Bila dah petang sikit, terasa lapar...zasss terus teringat kebab dekat Sogo tu. Kyross Kebab lah jawapannya apa lagi kan. Ish kenapa kebab diorang sedap sangat eh. Tengok pada condiment nya macam biasa je tapi sedap nak arwah hokey. Kalau hari2 dapat makan kebab ni agaknya pun tak jemu jugak kot. Sampai masa nak buat entry ni rasa macam nak makan lagi kebab tu. Besok petang nak singgah foodcourt KLCC la, dekat sana pun ada Kyross Kebab. 

4 comments:

Yaya Azura said...

kyros kebab dulu ada kat terengganu. tp lama dah tutup. mmg sedap sangat kan?

Kakzakie Purvit said...

Makan berat sesekali pada mereka yg rajin exercise macam Ann dan suami tak ada masalah. Yg bahaya org macam kakak ni.

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui plak lama x berjogging..aduh.

IBU SUNARTI DI KALIMANTAN said...

Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya




(((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya.