Wednesday, March 2, 2016

Penentuan hampir tiba

Sekarang ini dunia kita sedang berhadapan dengan masalah ekonomi dan masalah global minyak yang agak kronik saya kira. Yes, memang kronik kerana mendatangkan impak yang besar untuk syarikat-syarikat 'oil and gas' di Malaysia ini. Penentuan hala tuju untuk syarikat global ini pun bakal akan ditentukan kelak. Bukan hala tuju syarikat sebetulnya tetapi nasib-nasib para pekerja yang menjadi perkara utama dan saya tidak terkecuali di situ. Hanya satu saja usaha yang dapat diteruskan, berDOA...hanya itu sahaja senjata yang ada dan mampu untuk digunakan oleh sesiapa pun umatNYA. 

Balik ke Kemaman tempoh hari, saya hanya balik bersama sorang anak buah yang menemani. Suami tak dapat ikut sekali kerana kerja. Abang dan kakak ipar saya pulak sampai ke Kemaman sebelah malamnya, agak lewak jugak sampaikan waktu diorang sampai saya pun dah lena diulit selimut :p 

Bangun paginya sarapan nasi dagang dah tersedia walaupun beli bungkus saja, tinggal nak suap masuk mulut. Memang seronok kalau adik beradik ada disekeliling kita kan, apa yang teringin nak makan mesti dapat...semua mereka dah sediakan siap hidang bagai. Bersyukur saya masih ada mereka insan-insan tersayang, tanpa mereka dunia saya pasti tidak seindah ini. 

Mereka sentiasa ada di belakang memberi semangat dan galakan. Sentiasa ada ketika susah dan senang. Sentiasa ada disetiap waktu yang memerlukan. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih...dengan nikmat dan kebahagian yang diberikan.

4 comments:

miss eimanhikmah said...

sy balik kg pun cmtu jgk..dh tersedia dah semua..hehehe

Yaya Azura said...

banyak company o&g tak sambung kotrak, buang pekerja..
semoga mereka yang hilang pekerjaan ada rezeki mereka di tempat lain.amin.

Mar Mansor said...

alhamdulillah dikurniakan keluarga yang saling menyayangi

nuyui a.k.a miss YUI said...

aritu pun blk kg..tak jauh mana tp sekali blk mmg best dpt kmpul ramai ramai.