Saturday, April 16, 2016

Balik demi durian

Pagi tadi drive balik Lenggeng, dah lama tak balik rumah kakak yang pertama saya tu...sebelum dia merajuk baik kita balik dulu.

Pagi2 lagi dah drive balik untuk nak mengelakkan panas terik tengah harinya. Sekarang ni kalau dalam kereta, pasang aircord sampai no 3 pun lambat sejuk penangan cuaca panas melampau. Kan sekarang ni dijangka musim panas melampau akan berpanjangan sampai bulan May pulak, ohhhhhhh ini pun dah tak boleh tahan, apa tah lagi nak tunggu lagi sebulan mengadap masalah macam ni. Pembenihan hujan pun rasanya macam tak jadi je, ke memang takde buat pembenihan hujan...entah la biar pemimpin 'bijak pandai' kita yang pikir.

Sebab ke dua balik rumah kakak, dapat panggilan suruh balik makan durian. Apa lagi memang lajulah saya balik. Ada kawan abang ipar saya yang bagi, tak pasti pulak pokok sendiri ke hapa. Makanya hari ini saya dapat makan durian sepuasnya, nak tunggu dusun sendiri pun tak lama lagi berbuah jugak. Musim panas ni makan galak pulak bunganya pokok durian tu.

Oklah, kita nak sambung makan durian lagi ye...chou ^_*

No comments: