Sunday, April 10, 2016

Miki hisap kain

Cuti hujung minggu macam ni memang sangat seronok kan, tapi kalau dapat cuti lebih dari 2 hari ni lagi seronok. Sapa yang tak seronok dapat cuti panjang, masa itulah nak berehat panjang ikut cara masing2. Saya memang suka duduk di rumah kalau cuti2 macam ni, even cuti panjang sekalipun biarlah dekat rumah saja. Dapat tido bangun makan tido semua tu memang sangat heaven. 

Lagi seronok dapat mengadap muka2 bulus kesayangan ni, layan diorang tu berlari keliling rumah yang tak besar mana ni, main sorok2 pun best jugak...memang release tension selepas 5 hari penat badan dek melayan kerja2 di office. 

Miki tu dia ada habit lain sikit, suka hisap kain. Kain pulak nak kain saya je, bagi suami punya dia tak layan. Sampai basah kuyup kain tu kalau dia hisap, memang jadi kain busuk dia dah...redo je saya tengok, pasrah orang kata :) Miki kan asalnya kucing saya jumpa di jalanan dan rasanya dia ni tak cukup menyusu masa kecik. Masa saya jumpa dia ni umurnya dalam 1 bulan kalau ikut size badan. Kalau bagi susu pulak, dia lebih suka minum susu kambing dari cat milk yang lain. Sampai sekarang masih minum susu lagi, kuat menyusu.

Hidangan minum petang hari ni, bingka ubi. Suami bawak balik malam tadi, katanya ada makan2 dekat office dia semalam. Panaskan semula dan padankan dengan hot green tea, memang superb.

3 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Manjanya si Miki sampai hisap2 kain. Rindu sgt dgn tuannya kot sbb seminggu busy kat opis.. sampai kain Ann dihisapnya. Haha..

nOe suhaimi said...

noe pun kalau boleh nak rehat je beberapa hari dalam rumah...

Miki ada kain busuk la ni...hehehe..manja ler tu...

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui pnh ada sekor cmtu dlu..

dia punya hisap kain tu smpai lenjun.. kecik lg dia.. mybe sbb rindu susu maknya..