Monday, April 11, 2016

NM Galaxy Series 2 2014

Masih berkisah dengan aktiviti larian sekitar 2014...cerita lama.

Macam biasa kalau lari memang tak banyak gambo, bukan tak nak ambik gambo tapi rugi masa. Lebih baik berlari je, ramai je abam2 sado tepi2 jalan tu yang rela je ambikkan gambo.

Event ni May 2014 @ Padang Merbuk. Organizer untuk event ni, NM Galaxy SB dan acara hanyalah untuk 15km dan 5km. Kenapa ia dipanggil 'Series 2', kerana akan ada untuk 3rd and 4th series which is itu yang final sekali. Dalam setahun tu ada 4 event dan saya tak masuk sampai habis pun, hanya join 1st and 2nd event ni saja.

Route sekitar Padang Merbuk ni adalah route biasa bagi event larian yang lain jugak. Ada masanya saya cuba untuk tidak berlari di tempat yang sama berkali2 coz mengelakkan rasa bosan dan boleh reflect pada momentum larian jugak. Tapi serasa saya, sekitar 2014 tu memang banyak acara larian yang bertempat di sana. 

Selepas tamat 15km run, dapat medal dan light breakfast...benda penting adalah q untuk dapatkan milo van sejuk. Nikmatnya perhhhh susah nak digambarkan, tak kisahlah berapa kalori dalam minum manis tu tapi itu adalah reward tekak saya. Tak bole tahan tau, mesti 2 cawan milo sejuk minum sorang hiksss. 

Akibat dari lari terlebih santai, result jugak santai kemahen lagi; 

355 C2871 JAMAIZAH ISHAK 02:20:07 2:19:24 0:10:51 1:47:34 6:19:48 8:39:11

Agak memalukan tapi itulah keputusannya, 15km sampai 2 jam. Tapi masa ini saya masih belum well training dan masih belum kuat stamina, kena admit jugak. Tengoklah gambo saya tu, masa ni muka pun bulat lagi...badan lagilah bulat jugak. Now no more, inshaAllah. 

1 comment:

anis abdullah said...

wak milo trcuk tu sedap sangat kan..memanggil2