Monday, May 16, 2016

Aktiviti Ahad

Terasa begitu cepat pulak masa berlalu weekend lepas. Adakah mungkin kerana Sabtu/Ahad tu penuh dengan activity or memang sekarang ni masa berlalu terlalu pantas. Macam hari ni pulak, tup2 dah petang...baru teringat dah lama tak update entry baru dalam blog ni. Makin menjauh pulak entry sekarang ni ek, sebelum ni at least sempat jugak tetep walaupun satu entry...itu dah cukup lumayan kiranya. Tapi sekarang susah nak penuhkan seminggu punya entry. 

Ok dah, panjang pulak merepeknya saya ni.

Sabtu malam saya balik rumah my sista. My suami cuti so kita gunakan masa tu untuk balik Seremban. Seronok la, sapa tak seronok balik rumah kakak sendiri kan.

Dapat layan kerenah kucing2 kakak saya pulak. Asyik layan kucing sendiri je, sesekali layan pulak kucing orang lain. 

Lepas tu dapat pulak bekalan durian frozen, kakak dah siap kopek masuk bekas cantik2 simpan dalam tempat frozen untuk maintain fresh isi durian tu. Bestnya, balik rumah malam tadi terus makan 3 bekas sorang, selebihnya frozen balik. Ingat kalau rajin makan ni nak tanak pulut la, boleh makan dengan durian tu nanti...kalau rajinnnnnnn la :)

7 comments:

Kakzakie Purvit said...

Durian kalau nak tahan lama memang itulah caranya Ann
Kakak pun selalu buat gitu.

nuyui a.k.a miss YUI said...

comel kucing tu..

waaahh byk bekalan doyan tu kak..sdpnya

anis abdullah said...

Sedapnya doyan...aiskrim doyan dah makan blom?

Aiezza Sue said...

syok nya, durian dah musim kat seremban tu ya

fizafantagirO said...

duriannnn! banyaknyaa

Eca Dwinky Asha said...

menggoda betui durian tuuu

dear anies said...

nk sebekas???