Tuesday, May 10, 2016

Dinner @ Manhattan Fish Market

Siang tadi tak sempat nak keluar lunch, masa lunch dihabiskan dengan lelap sekejab selepas solat zohor. Mengantuk sangat pulak mata waktu tu, harus turutkan jugak kalau tidak mau sampai ke petang kepala ting tong menahan ngantuk. Lunch kita jamak ke dinner.

Petang tadi lepas habis kerja, terus cari tempat dinner. Perut dah lapar sangat, early dinner la kita. Tempat pilihan, Manhattan Fish Market dan dinner dengan suami la. Hari ni dia cuti, boleh dinner sama2...hari lain memang makan sorang2. 

Mesclun Salad with Cajun Chicken saya punya

 Tropical Breeze and Cala Cala

Fried Country Mushrooms makan sama2

Manhattan Fish n Chips my suami punya

Sekarang ni dekat MFM dah ada hidangan ketam, tapi saya tak cuba lagi. Bila bacan review, rata2 mengatakan hidangan ketamnya sedap. Nanti nak cuba jugak tapi kena makan sorang je or cari kawan2 yang suka makan ketam. Suami tak suka makan ketam sebab dia malas nak kopek kulit, mamat ni kalau bab makan suka yang senang masuk mulut...bab2 kena kopek kulit bagai tu memang dia tak layan. 

2 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

sdpnya menu kak...best tu.

Siti Asiah said...

Lama tak g makan sini. Fried Country Mushrooms tu kesukaan kami anak beranak. Pg sana mesti order.