Wednesday, May 4, 2016

Resepi musim cuti panjang

Minggu lepas kan cuti panjanggg...ramai gerangan yang bercuti2 panjang jugak kan, ada yang cuti dalam Malaysia dan tak kurang jugak yang bercuti over the seas. Alhamdulillah berjaya jugak memanfaatkan waktu cuti panjang tu dengan aktiviti masing2 or dengan keluarga. Lama rasanya tak cuti panjang macam ni, rasanya sepanjang April lepas memang takde public holiday langsung, patutlah rasa macam panjang sangat bulan April. 

Saya pulak tidak kemana2 pun sepanjang cuti panjang tu, alih2 balik rumah my sister saja. Saya memang malas sikit nak berjalan jauh waktu macam ni, nak mengadap jammed tu yang tak berapa nak gigih lagi...boleh bertambah penat badan + stress. Kita duduk rumah golek2 layan kucing lagi bagus, memang relax sangat.

Bila balik rumah kakak punya asyik makan saja kekdahnya. Request je nak makan apa, mesti kakak masakkan...seronoknya hidup. Meh nak tayang2 makanan weekend lepas yang disediakan oleh my kakak tersayang.

Ikan patin masak tempoyak, patin tu datang dari Temerloh. Kami sekeluarga kalau setiap kali kenduri kendara mesti akan ada menu ikan patin masak tempoyak ni, WAJIB. Sangat puas makan. Kalau pergi Temerloh, seketul tu je dah berapa hengget kan. 

Pekasam ikan puyu. Ini pulak my laki order dekat kawan office dia. Kebetulan sehari sebelum tu dapat pulak order, terus hangkut bawak balik rumah my sister. Ini je dah bertambah2 nasi.

Sambal colek WAJIB ada, sambal tempoyak. Rumah kami ni memang sentiasa ada stok tempoyak sepanjang zaman hiksss. Dekat rumah saya sendiri pun ada lebih 5 balang tempoyak frozen. Harus simpan frozen untuk kekalkan kesegaran dan manis durian tu. Tidak la nanti jadi tempoyak masam, memang tak sedap dah tu.

Dah ada sambal colek, haruslah ada ulamnya...baru lengkap hidangan

Dah tu, lap sikit air liur tu. Lepas ni boleh masak masakan macam dekat atas tu. Tapi lagi best kalau ada yang boleh masakan ye dok...

4 comments:

anis abdullah said...

sedapnya wak...ko pandai masak tak macam ni?? sebab aku nak suruh kau masakkan untuk aku plak... ;)

Sue Bee said...

Yummy..semua nampak sedap-sedapp..awal pagi SB dah lapar ni

Aiezza Sue said...

wahhh yg no. 2 tu grrrrr.. jer tengok, puyu plak tu

Aiezza Sue said...

tp awat tak macam puyu pon.. hee