Friday, May 20, 2016

Sambal sardin je...

Saya sangat suka makan ikan sardin. Ikan goreng sardine tu kalau dapat yang kecik2, alangkah sedapnya makan sambil cecah budu. Sardin dalam tin pun sedap jugak dan sangat berguna di kala kekeringan idea untuk menu masakan or saat emergency tiba2 lapar di tengah2 malam. Jenis ikan sardin tu saya tak kisah sangat, asalkan sardin dah kira ok, berselera je makan. 

Hari ni saya cuti, cuti free company bagi sempena Wesak besok. Apa lagi nak buat dekat rumah selain masak makan tido, masak makan tido je la...ishhh i lokeee. Terus teringin nak makan sambal sardin, check ada pulak setin besar sardin dalam cabinet dapur...chop chop chop, jadilah sambal sardin kita. Masak lebih sampai boleh ulang lagi untuk makan malam tadi. 

Kebiasaannya dari Isnin sampai Jumaat saya amat menjaga pengambilan makanan saya tapi memandangkan hari ni cuti, cheat day saya bermula dari hari ni jelah, Jumaat - Ahad. Seronoknya cheat day minggu ni dapat 3 hari yeayyyyyyyy....