Thursday, June 16, 2016

Berbuka puasa di Seremban pulak

Ini siaran langsung punya update. Hah bukan senang kan nak buat macam ni, update dalam entry kejadian hari yang sama jugak hiksss.

Lepas habis kerja tadi terus redah Sg Besi untuk balik ke Seremban, berbuka puasa bersama keluarga. 
Tepat 4pm dah masuk kereta, alahaiiii kantoi pulak dekat sini. Tapi takpe kan, datang awal keluar pun boleh awal....as long as cukup 8 jam waktu bekerja. Macam saya ni memang WAJIB keluar awal coz Jalan Tun Razak ni kalau dah waktu2 puncak harap sedia maklum sajalah tahap jammed macam mana kan. Alhamdulillah manage sampai di rumah sebelum waktu berbuka, sempat lagi singgah bazaar beli sikit kuih muih...kakak saya yang pesan.

Sebenarnya ada tujuan lain jugak balik Seremban. Nak mintak tolong kakak saya kecikkan baju kurung. Sekarang ni hanya sepasang dua je baru kurung yang boleh saya pakai itu pun kira baju baru beli jugak. Baju yang lama2 dulu semuanya dah tak boleh pakai lagi. Bukan tak boleh pakai sebab ketat tapi tak boleh pakai sebab terlalu besar. Tengoklah gambar dekat atas tu, kain yang saya pegang itulah lebih kain yang perlu di potong semula setiap kiri dan kanan baju. Pernah tanya dekat tailor tapi charge mahal la pulak, dah serupa macam buat baju baru je sebab kena bukak keseluruhan baju. 

Alhamdulillah mujur kakak boleh tolong buatkan dan saya adiknya gigih kaut semua baju2 kurung yang tak boleh pakai lagi tu untuk menjalani proses pengecutan hahaha. Sayang rasanya baju yang tak boleh pakai tu, kain elok2 lagi sebab saya bukan selalu pakai baju kurung pun...pakai sepanjang bulan Ramadhan ni je. Itu yang gigih jugak nak kecikkan supaya boleh pakai balik next time.

Inilah dia dilema bila badan menjadi kecut sekecutnya :p 

3 comments:

Mia Kassim said...

Salam jumaat ... :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

untung berjaya kecut kak =)

Mizz ErMa said...

fuyoo, akak dah kurussss..cayalah hahaha