Monday, June 27, 2016

Berhati2 di jalan raya di hari raya

Bahang jammed di highway kian terasa. Dengan pelbagai kes seminggu dua ni yang melibatkan kemalangan ngeri, itu belum lagi kemalangan lain2 yang tidak dapat liputan media. Susah nak diperkatakan pasal kemalangan ni, nak tuduh menuduh salah si polan ni kah atau salah si polan yang ni kah. Berbalik kepada Penciptanya, kun faya kun. 

Semakin hampir hujung2 Ramadhan, semakin dekat Syawal bakal menjelma...sentiasa berhati2lah kawan2 semua. Orang lama2 selalu berkata, "malang tak berbau", kadang2 ada betulnya jugak. Dalam kealpaan yang sangat sekejab tapi impaknya terlalu besar. 

tol Seremban - PD yang sentiasa penuh dengan kenderaan, tah bila tol ni lengang pun tak taulah

Pasti ramai yang akan pulang ke kampung untuk Syawal yang bakal menjelang ni, tidak terkecuali pada saya jugak walaupun kampung tu orang kata alahiiiiiiiii dokek yo...#syukurselalu :) Highway eden nak balik nanti bosa yo, ompek lane, ho hado :p

Pada yang nak balik kampung jauh tu, pandai2lah plan perjalanan masing2. Itu plan sendiri la, dah setiap tahun uolsss balik beraya jauh kan...tentu dah 'masak sangat' keadaan lalu lintas disetiap kawasan yang bakal dilalui. Rancanglah perjalanan dengan baik semoga kita semua dapat bersama dengan keluarga tercinta di hari lebaran nanti.

Rayo dah dokat, jangan buat perangai tak menyompat (^;^)v