Wednesday, June 29, 2016

Layan bola di mamak

Malam tadi makan malam di mamak, lama dah tak check in mamak ni semenjak Ramadhan. Waktu berbuka sebelumnya hanya makan seketul kuih dan air nescafe. Bukan tak lalu makan tapi memang dah plan untuk makan dekat mamak kemudiannya. 

Anak buah saya ada datang bermalam di rumah, maka kami plan nak makan di mamak saja. Selamat hakak tak payah nak masak sangat. Menu pilihannya, nasi goreng kampung dengan telur mata bersama milo tarik.

Tujuan utama yang beria sangat nak makan dekat mamak, nak tengok bola. Sekarang ni kan musim bola, mamak memang meriah kalau ada bola ni. Nak jugaklah merasa kemeriahannya. Saya akan bawaklah story book, tak kuasa nak layan bola sama...bukannya kita paham pun macam mana permainannya :p Hakak sanggup layan makan sajo.

Antara menu standard saya setiap kali di mamak, nan kosong tapi biasanya jarang habis. Takpe...tak membazir sebab tukang habiskan sentiasa ada. 

1 comment:

nuyui a.k.a miss YUI said...

sdpnya kalau dpt nan cheese.huhuh