Tuesday, June 28, 2016

Makanan kucing

Pay day is coming, yeayyy. Tak payah nak yeayyy sangat, banyak benda yang tengah menanti untuk dibayar setiap bulan, monthly expenses ni kalau makin berkurang takpe jugak tapi rasanya makin bertambah setiap tahun. Tarik nafas usap dada bila tengok banyak $$$ keluar, yang tinggal tu jelah lagi untuk monthly spending. Alhamdulillah #syukurselalu dengan rezeki yang diberi. Semoga ianya halal dan berkat, itu yang paling penting.

Setiap kali pegi petshop, ruangan ni memang akan diberi perhatian yang lebih. Kadang2 tu saya boleh duduk depan cermin ni sambil tengok main2 dengan kucing dalam sangkar tu sampai sejam...suami selalu sound, 'u nak masuk dalam kandang tu sekali ke' :p. Kalau boleh nak je jawabnya tapi nan hadolah kan tokey kedai tu nak layan hakak yang bukan sapa2 ni.

Setiap bulan almost 2 kali saya akan ke petshop untuk beli makanan kucing, vitamins, shampoo, pasir dan kadang2 tu selit jugak permainan baru. Kucing2 dekat rumah tu memang excited bila dapat permainan baru, memang boleh terbalik rumah dijadikan gelanggang berlari mereka.

Petshop pulak bukan satu tempat je tapi biasanya saya akan ada 3-4 fav petshop yang selalu saya singgah untuk survey harga. Kadang2 satu petshop tak sediakan semua barang yang saya nak dan kadang2 tu harga tu agak berbeza mengikut jenis yang biasa saya guna. Maksudnya macam ni, kedai A maybe makanan kucing murah tapi vitamin pulak mahal. So saya akan pergi ke kedai B pulak sebab vitamin dekat situ murah tapi makanan pulak mahal. Memang kena selalu survey sebab harga2 makanan kucing jugak ada pasang surutnya, bukannya tetap setiap masa. Sebab itu agak penting bagi saya untuk adakan beberapa pilihan petshop. 

Pilihan makanan kucing jugak agak remeh sebenarnya, especially makanan yang baru. Benda pertama sekali kena check adalah ingredient makanan tu sendiri. Tidak semua makanan kucing itu sebenarnya baik untuk kucing, yang ni kena study sendirilah ye. Leceh nak explain dekat sini :p

Ini makanan kucing pilihan kami semenjak membela kucing. Kucing2 ni memang banyak keletahnya, bagi makanan lain selain RC memang diorang tak mahu makan. So far alhamdulillah kucing2 saya semua tidak mengalami alahan dengan makanan ni sebab tak semua kucing sesuai makan RC. 

Selain dari RC, Black Wood jugak menjadi pilihan. Biasanya saya akan selang selikan dua jenis makanan ni supaya bulus2 tak bosan. Kucing pun bosan jugak kalau asyik diberi makanan yang sama setiap masa, kena rajin tukar flavour makanan mereka.

Most importantly kena monitor poo bulus2 ni setiap kali tukar makanan baru. Sekiranya poo mereka solit dan tak mengalami cirit birit, bermakna makanan tu sesuai dengan mereka. Tapi sekiranya berlaku cirit birit, jangan teruskan beri makanan tu, sila tukar makanan lain...itu tandanya makanan tu tidak sesuai dengan mereka. Jaga kucing pun serupa jaga anak jugak, banyak perkara yang perlu dititik beratkan dan spending pun 'kencang' weh.

3 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui plak starpro. makanan premium n bajet.. huhuhu..
sbb anak anak byk..tu pn nsb deme nak mkn ns juga

Nurzakiah Hanum said...

wow 2

Kakzakie Purvit said...

Ilmu kena ada bila dah membela pet ye Ann:)