Thursday, June 30, 2016

On duty @ Thistle PD

Sekitar May yang lepas, saya terlibat dalam program away day company di Thistle Port Dickson selama 4D3N. Seronok tu memanglah seronok tapi tetap penat jugak coz bukannya datang bercuti tapi bekerja, so tak boleh nak feeling2 hoyeyyy sangat lah. Bangun pepagi lepas subuh dah tak sempat nak sambung tido, memalam tido lewat sebab nak settlekan semua program on the next day...sangat memenatkan. Tapi kerja itu amanah, kena lakukan dengan amanah jugak.

Bila dah away day di hotel berhari2, aktiviti makan2 tu akan sentiasa ada secara buffet complete set lagi. Semuanya adalah di hotel saja, tak sempat nak buat program makan2 dekat luar kawasan hotel coz agenda yang sangat tak mengizinkan. Tapi saya masih akan menggunakan masa yang terluang (free time) untuk ke gym hotel. Rasa bersalah sebab makan banyak tu memang susah sikit nak hindar, eat more than burn more. Selama 4 hari, inilah tempat yang saya tak pernah lupakan untuk check in sampai reception lobby dah kenal dan tau mana nak cari kalau 'hakak kawasan' ni hilang :p

Final night kami adakan dinner, masih lagi dalam kawasan hotel tapi booked at open space dekat tepi pantai. Ada BBQ segalalah, not arrange by me tapi others committee members. Segala atur cara tempat makanan ni mereka2 yang terlibat saja tentukan. 

Hakak kawasan terlibat on persembahan, tu yang tak sanggup nak involve dalam dinner punya committee...nanti kacau hakak punya persembahan. Macam2 persembahan ada dengan games dengan lucky draw...acara wajib ek setiap kali adanya dinner. Takde acara2 macam ni, ishh bosan jugak. 

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan seperti yang diaturkan...BIG clap for the team yang terlibat. Yang penting saya dalam lucky draw dan yang paling best my boss sendiri yang cabut no bertuah tu...yeayyyyy dapat king size comforter set. Lepas tu dapat jugak Victoria Secret body lotion and body mist, yang ni my boss dapat tapi biasalah memang sayalah yang punya lepas tu.   

1 comment:

nuyui a.k.a miss YUI said...

gym tu yg xdilupakan..hihih

tahniah kat dpt tu