Tuesday, June 14, 2016

Pertama kali iftar di luar

Setiap kali iftar saya sangat suka di rumah sahaja. Walaupun orang kata kalau iftar di rumah kena masak bagailah tapi nikmatnya tetap ada rumah jugak. Walaupun tak masak, setakat nescafe secawan bertemankan biskut kering dah sangat cukup memadai untuk saya dengan suami. Suami saya tu saiz je XXXL tapi selera agak kecik makanya tak perlu sangat juadah yang bersungguh2 setiap kali iftar.

Sekarang ni banyak aje buffet iftar disediakan di mana2 tempat makan seperti hotel, restorant, and tidak terkecuali fastfood pun ada menu iftar jugak. Especially hujung2 minggu, segala mak nenek tempat makan akan penuh sesak setiap kali hampir dengan waktu berbuka puasa. Seyes, saya sangat tidak suka dengan keadaan tu semua...takpelah kalau tak berbuka dekat luar.

Sabtu lepas berbuka puasa bersama kawan jauh. Kawan yang dalam masa terdekat ini akan pulang ke Milan, Italy dan akan dijangka balik Malaysia semula tahun hadapan. Beria sungguh mengajak hakak dengan habang ni berbuka bersama sampai nak belanja sekali. Memula tu memang tolak secara baik permintaan tu tapi akhirnya mengalah jugak bila mana mengenangkan dah lama tak jumpa dan lepas ni bila dia dah balik Milan, tahun depan belum tentu berpeluang nak jumpa lagi. Demi kawan ku turuti gitu.

Kawan teringin nak makan makanan melayu tradisional tapi nak dalam sekitar KL saja. Saya cadangkan KL Convec sajalah macam tu, dekat pun dengan rumah masing2. Hidangan ala kampung yang disediakan memang sedap2 belaka tapi hanya itu je yang mampu saya makan pun (seperti dalam gambar). Agaknya kenyang minum air dan makan dessert kot. Seyes itu je dan sampai sekarang saya rasa macam ralat sangat coz my friend kena bayar mahal tapi saya makan sikit sangat.

Sesungguhnya nikmat puasa itu besar, walau seharian berpuasa tapi bilamana sampai waktu untuk berbuka hanya cukup dengan sebiji kurma dan secawan air...itu sudah memberi rasa kenyang yang max sampai ke waktu sahur.

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

nyum2

nuyui a.k.a miss YUI said...

oklah kak mkn byk tu.. tu yg lalu..

Norhayati Mohd Isa said...

Bulan puasa ni tekak lain macam Ann..
Bila berbuka kurma dan susu tu jer yg sedap kan..

Insan Mulia said...

sedapnya..

Salam..
salam kenal dari saya jiwa tani

Qhaifa Nur said...

itulah bila makan luar ni lebih lagi bufet...tak mampu nk makan byk...kenyang dah
byr mmg mahal kan...