Wednesday, June 8, 2016

Sakit itu penghapus dosa2 kecik

Anak buah saya semalam warded di HUKM. Cabaran untuk dia dan keluarga keciknya jugak tapi setakat hari ini keadaan masih baik2 saja. Harapannya sama jugak, semoga tiada yang pelik2 and cepat sembuh.

Semalam jugak saya datang ke HUKM melawat, anak buah masih lagi berpuasa walaupun gigih menahan sebenarnya tapi dia kata boleh tahan lagi. And alhamdulillah, dapat berbuka bersama jugak kami semalam. 

Sekejab je saya dekat hospital, kena rushing balik ke rumah pulak. Laki dekat rumah sian buka puasa sorang2 jah, hakak kena balik masak juadah untuk dia pulak.