Monday, July 11, 2016

Bermula puasa ganti dan seterusnya puasa 6 dalam bulan Syawal

Mood kerja dah ON walaupun today is Monday 'blues'. Till now saya masih tak paham tang mana yang 'blues'nya. Pada saya hari2 adalah yang sama saja feeling nya. Sebenarnya lebih kepada tak melayan perasaan sangat, buat tak tau je and setiap pagi akan setting main to focus on job only. 

Sekarang ni tidak seperti dulu. Dulu saya seorang yang moody, tak suka senyum or layan orang pepagi. Janganlah sesiapa spoil mood dengan masalah, surely tak pepasal orang lain pun sama terkena tempiasnya. Maybe dulu tu darah muda orang kata, makin umur meningkat makin pemikiran sama2 matang dengan usia...alhamdulillah, moody itu dah takde lagi. Hutunglah budak2 muda dekat office ni, hakak masih lagi boleh layan permintaan diorang dengan sangat baik tanpa kena herdik.

Hari ini pun office ni dah mula ramai orang. Still ada yang masih bercuti lagi tapi 70% tu dah masuk office hari ini termasuklah saya. Nak jugak masuk percentage walaupun tak cuti raya kihkihkih.

Dan bermula dari hari ini, pesta kuih raya pasti bermula dan lebih menarik lagi banyaklah jemputan open department...hari2 makan free. Itu perkara wajib kan kalau dekat office, rasanya semua office pun akan ada benda2 macam ni. 
  
lopes sedap

lontong jawa yang sedap jugak, only ada dekat Kg Baru je

Hari ini saya dah mula puasa ganti dan 6 hari syawal, inshaAllah. Terpaksa menolak undangan open department sepanjang waktu ni sehingga sehingga langsai hutang puasa. Sementara momentum puasa masih kuat lagi inilah yang sebaik2nya kita teruskan amalan berpuasa tu. Saya tak suka ganti puasa lambat coz dikuatiri hasutan syaitan tu lebih kuat dari suara hati.

2 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Selamat hari raya ann..

Selamat berpuasa ann..
Elok ganti puasa awal2 ni..

nuyui a.k.a miss YUI said...

slmt berpuasa kak.