Monday, July 18, 2016

Birthday treat

Lepas larian yang 'membunuh diri' rasanya selepas sebulan takde training, terus je semalam lari 21km. Mula2 tu ok je tapi last 10km tu dah rasa kaki mula kejang. Pakai cool spray pun dah tak membantu, tapi terpaksa habiskan jugak larian. Rasa give-up tu memang dah sangat2 dekat tapi bila tengok kiri kanan kawan2 masih berlari, semangat nak habiskan jugak larian tetap ada. Alhamdulillah habis jugak tapi masa memang hancusss :(

Salah diri sendiri jugak, sepanjang Ramadhan saya tak training lari langsung. Seminggu lepas je baru mula after looooooooong break...memang terkejut segala otot2. But am still love to run, never give up for my own 'gold'.

Ada ganjaran selepas larian semalam...we go makan2 ikan bakar at Kuala Sungai Baru, Melaka. Sebenarnya my brother treat for my birthday, maklumlah birthday masa hari raya...tak sempat nak sambut pun sebab lebih kepada sambut hari raya. For the 1st time kot rasanya (tak tau pulak masa kecik2 dulu), inilah birthday saya yang paling bermakna...07/07/2016 pada syawal ke 2. Saya tak malu untuk mengaku yang saya dah pun 38 tahun sekarang. Lama dah hidup di muka bumi ni tak masih terlalu sikit amalan yang dilakukan, masih banyak lagi kekurangan diri yang perlu diperbaiki, masih banyak lagi sifat2 buruk dalam diri...pendek kata masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki. Kena lebih banyak muhasabah diri ni.   

suasana petang sebelum matahari tenggelam

Sementara menunggu makanan siap disediakan, suami teman anak2 buah main tepi pantai. Makanan siap, makan2 lepas tu terus balik KL semua. 

Terima kasih to my brother for this treat, suka sangat.

3 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

risau juga bila masalah kejang tu sis..

happy belated birtday.

Mia Kassim said...

Happy birthday ! 😊

anis abdullah said...

Happy belated birthday dear Ann..