Monday, July 4, 2016

Budget setiap kali menjelang raya...bosan.

Jumaat lepah dah ramai yang last kerja sebelum bercuti panjang untuk hari raya. Saya masih lagi bekerja sampai besok sebab boss hakak tak cuti weh. Beginilah nasib kalau division takde admin lagi, nak cuti pun kena ikut jadual boss.

Hati ni office sunyi sepi tambahan pulak kawasan office baru (baru je masuk office baru last week) luas sangat dan tempat saya dengan boss agak tercorok. Motip sangat diorang ni letak tempat boss besau corok2 ek hikhikhik. Dekat2 dengan tempat saya ni adalah 3 orang je yang ada di office. Floor atas tak pasti pulak, malas nak naik checking.

Rasanya almost setiap tahun, bila sampai waktu untuk berhari raya...budget company for next year pun sampai, benci la. Lepas tu date for submission mesti seminggu selepas raya tapi kick off pulak seminggu sebelum cuti raya. Saja je nak spoil mood raya. Tapi nan hado saya bawak balik kerja dekat kampung, sorry la...orang sibuk nak raya mana ada masa nak on laptop buat kerja pun ye dak. 

juadah berbuka puasa, sandwich telur dengan mineral water

Makanya sejak dari Jumaat minggu lepas terpaksanya saya mengorbankan waktu dari 4-8pm duduk dekat office untuk siapkan kerja. Takpelah berkorban masa dekat sini, janji siap kerja sebelum cuti. 

3 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

btoi tu kak. kalau dh blk kg, takdenya nak hadap buat kerja..huhuhu.

slmt hari rya kak =)

Nurzakiah Hanum said...

betoi2
nanti cuti baru la hati senang

anis abdullah said...

Penatnya wakkkkk.sian ko..