Friday, July 1, 2016

Diri serba kekurangan

Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan bakal menyambut Syawal yang mulia. Sedihnya rasa hati nak meninggalkan Ramadhan, terasa sangat sekejab masa berlalu. Entah sempat atau tidak untuk saya melalui Ramadhan sekali lagi selepas ni. 

Sepuluh hari terakhir Ramadhan ni, mood tu rasa sayu saja. Kalau boleh nak duduk membelek diri, muhasabah diri, bersihkan diri yang selama ni banyak sangat dolak dalihnya. Masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki, masih banyak lagi alpa dari sedar.

Jangan sentiasa memandang orang yang di atas kita, tapi sentiasalah memandang orang yang di bawah kita semoga hati kita akan terus tetap bersyukur dengan segala nikmat yang kita ada. Amin
  
Time to burn...still ON, ni payah sikit nak berhenti :p

No comments: