Tuesday, July 5, 2016

Durian dah nak habis di penghujung Ramadhan

Durian di dusun dah dihujung2 je. Rasanya dalam sehari dua ni habis la kot. Bijak perancangannya ek, nanti masa raya takdelah tetamu datang nak makan durian semata je kahkahkah, statement macam takmo bagi tetamu makan durian je. Hahhh janji hakak dah puas makan.

roti jala bersama kuih durian iftar petang semalam di rumah kakak

Sekarang ni bandar KL dah semakin lenggang, pergi kerja aman damai. Dalam 15 mins dah sampai office kalau ikut Jalan Ampang, kalau ikut Akleh entah berapa minit pulak kan. Semenjak office dekat dengan rumah ni memang heaven sikit, jimat duit minyak cuma tol tu yang tak kurang. Takpe, janji masih sanggup bayar tol setiap hari itu pun dah dikira rezeki, #syukurselalu. 

Mesti uolsss semua dah ramai yang balik kampung. Selamat menjalani Ramadhan yang terakhir untuk tahun ini. Semoga kita bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang. Rasa rindu makin menebal setiap kali ramadhan bakal berakhir. 

2 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui kat opis lg ni kak..ekekke

Nurul Aini said...

ya rabbi sedap nye T_T