Wednesday, July 6, 2016

Eid Mubarak

Assalammualaikum & Eid Mubarak

Hari ini merupakan hari yang mengembirakan kita semua umat Islam, hari kemenangan selepas menjalani ujian di sepanjang Ramadhan. Ramadhan yang sangat banyak menguji keimanan, ketabahan, kesabaran dan keyakinan kita pada Allah yang satu. 

Saya dan suami mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan (dalam sedar atau tanpa sedar) yang telah saya lakukan sama ada dari tutur kata, perbuatan atau gambaran yang menyinggung perasaan semua.

Semoga Syawal ini akan lebih sempurna dan dipenuhi dengan kesyukuran, kegembiraan kita bersama keluarga dan orang2 tersayang. Tiada apa yang lebih bermakna di Syawal ini tanpa mereka2 di sisi kita. 

Salam Aidilfitri 
Maaf Zahir & Batin
dari kami berdua

1 comment:

ruziawati yusof said...

Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin.