Friday, July 15, 2016

Kisah kucing sebelum berakhir Ramadhan

A few day sebelum saya balik beraya di N9. 

Saja bagi kucing2 ni lepas bebas tapi still dalam rumah lagi cumanya keluar dari cage diorang saja. Bukan selalu diorang dapat peluang macam ni especially nak lepaskan semua serentak tapi ikut jantina la. Kalau lepas jantan betina serentak mau bergaduh pulak nanti.

Gambar dekat bawah ni cuma sebahagian kucing sahaja, sebenarnya sekarang saya ada 9 ekor kucing semuanya. Memang agak mencabar untuk nak letak diorang ni semua dekat hotel kucing if saya away dalam jangka masa yang lama. Itulah masalah utama sekarang ni kalau nak bercuti dan takpelah demi kucing2 ni semua, saya abaikan waktu cuti tu...no holiday. Duduk rumah masa cuti bersama kucing2 pun therapy jugak kan. Bukan tak mampu, inshaAllah masih mampu lagi tapi yang tak mampunya untuk tinggalkan bulus2 ni semua. 

Sekarang ni dalam proses mengkembirikan semua kucing2 ni, kena buat sekor sebulan...kalau serentak nanti payah nak monitor pulak. Ada 3 ekor lagi tu masih kanak2 rebina, belum start mengatal lagi. Kita bagi yang priority dulu. Mujur SPCA nun alahai dokek yo dengan rumah. 

Aturan makan kucing ni pun senang, saya tak tetapkan masa...ikutlah bila2 anak buah saya senang boleh datang. Kalau ikutkan saya, makanan minuman dan bersihkan cage kucing ni 2 kali sehari tapi saya suruh anak buah datang sekali je dah cukup. Cuma tinggal lagi kena letak extra makanan minuman dan kristal littering tu je. Tak nak membebankan sangat, dah cukup memadai kalau sekali sehari, kalau boleh sebelah pagi. Tapi setahu saya, memang dia datang 2 kali sehari...dan ada masanya anak buah saya dengan husband dia duduk lepak dekat rumah saya sampai petang, nak ngelat beraya rumah sanak saudara belah mertua la tu :p Mujur dekat rumah tu ada kuih raya, adalah takat ikan ayam, nugget sosaj dalam ais gobok, pepandailah mencarinya kalau lapar. 

mika n miko, itu port yang paling diorang suka lepak walhal depan cage je pun. Sedap agaknya baring dekat lantai tu, sejuk

miki tetap dengan kain busuknya ni, masih tak berani nak masuh coz takut nanti dia tak nak dah hisap kain tu

3 comments:

aRz MoHa said...

banyaknya kucing....dulu saya bela kucing..kucing tu bebas ja kemana-mana....

bukan kucing bulu cantik...

sekarang dah malas...tapi masih ada kucing yang datang rumah waktu makan.


ada orang cakap kucing banyak di rumah ...ada bau...macam mana cara uruskan

Nurzakiah Hanum said...

cutenya

nuyui a.k.a miss YUI said...

lalala yg last tu tak menahan. msti rindu nen ibu..