Thursday, July 14, 2016

Kisah sebelum berakhirnya Ramadhan

Seronok je bila baca kisah2 sebelum raya uolsss, macam2 ragam macam2 juadah macam2 gaya...seronok je bila baca. Saya ni baru ada semangat nak bercerita kisah sehari sebelum raya, maklumlah tahun ni baru berpeluang berbuka puasa yang akhir di kampung. Selalunya malam raya baru sampai, ada tu pulak dah tengah malam baru sampai...dari KL je kot balik N9 tapi budget macam balik Kelantan sangat kennn :p

Hari Selasa yang lepas saya masih bekerja lagi tapi 1/2 day, kebanyakkan kawan2 office pun yang mana bekerja hari selasa tu rata2 dah apply 1/2 day. By 12pm tu office memang dah kosong, ada jugak yang tinggal lagi. Yang non muslim tu apa ke halnya nak 1/2 day kan, diorang je la yang tinggal lagi sampai ke petang. Suami pulak memang dah cuti hari Selasa tu, dia je tukang hangkut beg masuk bonet kereta, cuci kereta, pegi tukar duit raya semuanya settle hari selasa tu jugak. 

Kucing2 pulak ada orang yang take over jagakan, anak buah tahun ni beraya di rumah mertua dia dekat Gombak je. Dia volunteer nak tengokkan dan bagi makan, so saya bagi kunci rumah supaya dia boleh masuk dan bagi kucing2 makan minum dan bersihkan najis sekali. Kami kan keluarga pencinta kucing, so takde masalah besar sangat pun.   

Lepas ambik saya dekat office, kami terus gerak balik N9...panggilan kampung dah kuat sangat wehh. Tapi sebelum tu singgah dulu Kampung Baru berhari raya dengan mertua + hantar kuih n kek raya, lemang dah hantar sehari sebelum tu...setiap tahun memang macam ni aturannya. Dah selesai, baru balik dengan aman...alhamdulillah highway pun tak jammed sangat, maklumlah highway kita 4 line kuikuikuiiii

Bila sampai je Bukit Tangga nak ke Ulu Bendul jalan dah mula jammed, itu tak boleh nak elak sebab dah masuk kawasan kampung. Jalan sempat, kenderaan pulak banyak tapi still moving and by 5pm saya dah sampai di rumah parent. Adik beradik yang lain memang dah sampai awal, saya jugak yang terakhir sampai tapi happy coz dapat berkumpul bersama sebelum Ramadhan berakhir. 

sarung ketupat dah siap dianyam, tinggal nak masukkan beras dan rebus

Aktiviti yang sangat biasa setiap kali anyam ketupat, mesti akan ada tuan guru dan anak murid. Tapi yang pastinya setiap tahun anak murid tu tak pernahnya transform jadi tuan guru, asyik mintak di ajar je sepanjang masa. Saya pulak kena tengok cara buatnya dulu bagi refresh balik, lepas tu dah boleh buat sendiri...maklumlah dah kertu ni memory asyik lost je :p

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bestnya

nuyui a.k.a miss YUI said...

bestnya ketupat.. lama xmkn..huhu

ada kluarga pncinta kucing mmg best kan kak. leh tgk tgkkan.

Normi Nieza said...

lama xmkn ketupat nasi..:)

YieN said...

Kite buat ketupat palas, ketupat nasi tak reti :P

anis abdullah said...

Tahun ni kami tak buat ketupat. Rindulahhhh.