Wednesday, July 13, 2016

Normal day for normal person like me

Hari ini suasana dan keadaan macam biasa saja. Takde apa yang menarik untuk di kongsikan dalam entry. Biasalah orang biasa2 macam saya ni, bukan sapa2 pun...cuma insan biasa di atas muka bumi Allah ni.

hor fun with gravy

Menu berbuka petang semalam, iftar dekat Old Town White Coffee @ AK saja seorang diri. Selepas settle 5km larian manja2 gitu di Taman KLCC, terus pergi berbuka dengan baju lencun peluh tu. Malas nak naik Fitness First (FF) tukar baju dan memang dah siap2 bawak duit sekali. Dah masuk waktu berbuka, tak tunggu lama...pulun sampai licin mangkuk tu. Berkat makan makanan sampai habis kan, walhal lapo kemahen lagi :p 

Lepas settle makan, terus naik FF tukar baju dan ke surau level 2 AK. Settle yang wajib barulah aman kita nak teruskan workout yang seterusnya, ye dak.

InsyaAllah Jumaat ni kalau tiada aral melintang plan nak apply 1/2 day untuk balik ke rumah arwah ayah. Ada makcik belakang rumah aka kawan2 arwah menjemput hadir kenduri malam Jumaat tu. Beria makcik tu suruh kami adik beradik semua datang tak sampai hati pulak nak menolaknya. If Jumaat malam boleh lagi untuk saya balik tapi kena cabut balik KL Sabtu petang coz Ahad early morning dah ada larian. 

2 comments:

dear anies said...

slm kite berbuka kt dpn JJ je sob sob tp alhamdulillah...ada jg nikmat yg diberi...

nuyui a.k.a miss YUI said...

brbuka mkn ni pn sdp..hihi